CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 10

[Tempatan] Pinjam 720k:Mawar Karim disaman dan berdepan risiko bankrap, didakwa lari bayar hutang

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-4-2022 01:26 PM

GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.

Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.

Mawar diminta bayar semula wang yang dipinjam

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.

Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah

“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.

Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.

https://negaramerdeka.com/gagal-bayar-hutang-mawar-karim-bakal-diisytihar-bankrap/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya nya Nabil Mat Yahya.. siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 10:52 PM | Show all posts
baru nk tanya.. sapa Nabil tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Din takiri tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang pesen tudung gitu hauk dh level ikatan kepala jenazah plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 15-4-2022 01:46 AM
Sekali pandang pesen tudung gitu hauk dh level ikatan kepala jenazah plak

Tak pernah nampak orang lain pakai. Hanya dia sorang je pakai. Kesiann plak. Memang pelik pun tudung style tebal atas kepala tu..rose pakai kadang cantik kadang tak cantik..tak kena sebab rasa nampak muka besar sangat. Tak balance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2022 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh tak sangka
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah. Bukan rmi org kata mawar ni kaya ke. Siap jd mesin atm lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Peti ais adududu pregnant tersenyum happy

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex tasabar tunggu reputs minta komen sepatah dua kata.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekrose dah leh tukar style pakai tudung.. nampak kepala besar nau muka pun jd lebor pinggan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051403 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list