View: 923|Reply: 13
|
[Politik]
Yayasan Akalbudi tidak diguna untuk tujuan peribadi – Ahmad Zahid
[Copy link]
|
|
Ahmad Zahid ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Yayasan Akalbudi tidak diguna untuk tujuan peribadi – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk tujuan peribadinya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berkata, beliau yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan badan amal itu sejak awal penubuhannya pada 1997.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, sebahagian besar pendapatannya ketika berkhidmat dalam dunia korporat sekitar tahun 90-an, disalurkan untuk kegunaan yayasan itu bagi melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk sedekah, infak, wakaf dan amal jariah.
Ujarnya, daripada pendapatan berjumlah RM120,000 sebulan (ketika itu) termasuk gaji, elaun dan bonus daripada lima buah syarikat, beliau hanya menggunakan kira-kira RM40,000 untuk kegunaan sendiri dan keluarga manakala selebihnya disalurkan ke dalam yayasan itu.
Beliau berkata, sewaktu berkhidmat dalam kerajaan, pendapatannya mencecah RM50,000 sebulan manakala simpanannya kini melebihi RM2 juta dalam akaun simpanan di Bank Islam.
Ahmad Zahid, 69, menyatakan demikian ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri membacakan pernyataan bertulisnya ketika memberi keterangan dari kandang saksi pada hari pertama perbicaraan.
Prosiding pemeriksaan utama dikendalikan oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat ini.- KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ribadi-ahmad-zahid/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abis yg beli MINI COOPER apa cerr?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada bersirim tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kot ye pun bg la pihak yg betauthoriti bg statement. Auditor ker.
Masalahnya ada ke org yg makan taik mengaku dia makan taik? |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbat je 2-2 dalam 1 sel.. Cam komeng dan kuncu2nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuci di embun pagi |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 13-4-2022 04:45 PM
Sumbat je 2-2 dalam 1 sel.. Cam komeng dan kuncu2nya.
Dah sama2 menyonglap kann..sahabat susah senang sehidup semati giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk sedekah, infak, wakaf dan amal jariah.
amboii.....kumpul pahala ke wak |
|
|
|
|
|
|
|
Iyalah tu zahidd oiiii, fakta semua dah dibentangkan kat court ko nak menipu siapa zahid oiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
habis yg k long nk guna duit yayasan beli hotel bali tu apa cerr....kalau utk investment yayasan letak la nama yayasan masalahnya nk beli guna duit yayasan tp S&P kena letak nama k long..byk cantik...deal tu x jd sebab pihak yg nk jual share tu tak jadi jual sbb x agree letak nama k long...ni insider story |
|
|
|
|
|
|
|
pastu minah ni pepura sesuci embun....propa je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Letih dah aku carutkan dia ni..moga cepat2 gol bulan posa doa makbul |
|
|
|
|
|
|
| |
|