CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Tempatan] Anwar Ibrahim belum putuskan pertahan kerusi Port Dickson PRU15

[Copy link]
Post time 15-4-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Anwar belum putuskan pertahan kerusi Port Dickson PRU15

https://www.malaysiakini.com/news/618101

Bernama
Diterbitkan:  Apr 15, 2022 7:30 AM⋅
Dikemaskini: 7:30 AM



Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata soal sama ada dia akan mempertahan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau tidak masih belum diputuskan.

Ketua pembangkang itu berkata buat masa ini, tumpuan adalah kepada pemilihan PKR.

"Mengenai soal bertanding di sini, saya belum membuat keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Bazar Ramadan di Batu 4 di Port Dickson hari ini.

Dia juga berkata belum ada sebarang keputusan untuk menamakan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.

"Belum ada apa-apa keputusan dan tak perlu buat andaian. Ini masa pemilihan parti dan bukan pilihan raya, justeru ia tiada kaitan, yang menang kemungkinan akan jadi calon dan yang tak menang pun kemungkinan jadi calon PRU," katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Aminuddin untuk merebut jawatan ketua cabang PKR Port Dickson pada pemilihan parti yang dilihat sebagai laluan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding pada pemilihan PKR kali ini.

"Bagi saya, siapa nak bertanding tiada masalah dan saya katakan 'okey' pada semua. Siapa nak bertanding dalam lima penjuru, semua saya kata okey dan silakan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 46 calon akan bertanding bagi merebut sembilan jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat pada Pemilihan PKR 2022.

-Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.308169 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list