View: 368|Reply: 0
|
Zii Jia tidak ambil mudah tugas di BAC
[Copy link]
|
|
PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia (kiri) ketika kem latihan pusat Piala Thomas dan Piala Uber di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak menganggap Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina bermula 26 April sehingga 1 Mei depan sekadar aksi pemanas badan menjelang Piala Thomas di Bangkok, Thailand bermula 8 hingga 15 Mei.
Sebaliknya, pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu berkata, kejohanan bertaraf Super 1000 itu cukup penting dan dia serius mahukan keputusan positif.
"Ini adalah kali pertama saya akan menyertai BAC dan sudah pasti mengharapkan keputusan baik kerana ini boleh dianggap kejohanan besar.
"Jadi, saya akan buat persiapan terbaik dan memandang serius kejohanan ini serta akan berjuang habis-habisan dalam setiap perlawanan," kata Zii Jia ketika ditemui pada hari pertama sesi latihan pusat Piala Thomas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.
Pada saingan di Manila itu, pemain berusia 24 tahun itu akan menentang pemain China, Sun Fei Xiang untuk aksi pusingan pertama.
Selain Zii Jia, tiga lagi pemain perseorangan lelaki negara akan menyertai BAC iaitu Liew Daren, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.
Zii Jia bermula baik tahun ini apabila berjaya membantu skuad badminton negara muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Setia Alam, Februari lalu.
Bagaimanapun dia terkandas di separuh akhir Terbuka Jerman dan di peringkat sama di Seluruh England, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mudah-tugas-di-bac |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|