CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 12

[Tempatan] Jangan lupa SOP bila balik kampung

[Copy link]
Post time 17-4-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Jangan lupa SOP bila balik kampung



FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan jangan leka dalam mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) menangani penularan Covid-19 apabila pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Pakar perubatan kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, orang ramai digalakkan mengamalkan ujian kendiri Covid-19 sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung berikutan ia salah satu cara terbaik untuk mengelak diri merisikokan orang lain selain terus kekal mematuhi SOP.

"Yang sebaiknya buatlah ujian kendiri satu hingga dua hari sebelum balik ke kampung atau untuk bergejala tiga hingga lima hari selepas terdedah dengan penularan bagi mengelak jangkitan kepada keluarga di kampung.

"Mungkin ramai berasa sihat tetapi mungkin ada jangkitan Covid-19 yang dia sendiri tidak sedari.

"Jadi lebih selamat, bualah ujian kendiri dan kalau bergejala dan positif seharusnya tangguhkan dahulu perjalanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu wajar diamalkan walaupun negara sudah memasuki fasa endemik.

"Pendedahan jangkitan komuniti ketika Ramadan adalah tinggi berikutan orang ramai bukan sahaja keluar ke tempat kerja dan sekolah malah ke pasar, bazar, surau dan masjid.

"Kemungkinan kes naik semula ketika Aidilfitri itu memang ada tetapi mungkin kes bergejala ringan.

"Tetapi jika masyarakat mengambil ringan hal ini termasuk mengabaikan SOP serta tidak menjalankan ujian kendiri dikhuatiri mereka akan menjadi pembawa sekali gus memberikan risiko kepada keluarga di kampung terutama warga emas, kanak-kanak serta golongan komorbid yang berisiko mendapat jangkitan lebih teruk," katanya.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berlaku pada Aidilfitri ini berikutan orang ramai pulang ke kampung selepas dua tahun tidak mendapat peluang berkenaan.

Berikutan itu, Khairy memberi jaminan pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk memberi rawatan kepada pesakit terutama mereka yang bergejala teruk.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bila-balik-kampung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedulik dgn sop tu lambert
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SOP… ha ha ha aku ketawaaaaaa…
good luck.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 07:07 PM | Show all posts
Tayah balik kampong. Tgk Tgh bandar kat jalan TAR tu cukup masa weekend. Gajah depan mata tak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:45 AM | Show all posts
Radzor replied at 17-4-2022 07:07 PM
Tayah balik kampong. Tgk Tgh bandar kat jalan TAR tu cukup masa weekend. Gajah depan mata tak nampak ...

(y) (y) (y) (y) (y) (y) (y)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:49 AM | Show all posts
Jangan sampai jadi seperti ini........


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 10:27 AM | Show all posts
Kita dah masuk endemik ke? Bukan still kat fasa peralihan ke endemik?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 18-4-2022 10:27 AM
Kita dah masuk endemik ke? Bukan still kat fasa peralihan ke endemik?

Sebenarnya fasa peralihan tp ramai dah sangka endemik tu pasal sop semua dh kelaut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun masing2 dah takmo jaga sop tp iols still akan jarakkan jarak n pakai mask kat tempat ramai org.
Penat weh bila dah berkali2 kena covid ni tak kira gejala ringan ke idak tp sapa je yg suka kena selesema n batuk berulang kali?
Sedangkan selesema biasa tu pun iols jarang kena sama gak ngn batuk.
Hanya kena bila covid so tetapla tak best hidung berair2 tekak perit, batuk tak berenti sampai berair2 mata.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:19 AM | Show all posts
sop balik kampung dari dulu....jangan lupa membawang & standby duit angpau
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-4-2022 11:19 AM
sop balik kampung dari dulu....jangan lupa membawang & standby duit angpau

Hahaha
Dah biasa dari kecik mintak sedekah giteww
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:01 AM | Show all posts
krustykrab replied at 23-4-2022 06:57 PM
Hahaha
Dah biasa dari kecik mintak sedekah giteww

bukan minta sedekah...itu tandanya perayaan...mcm org cina bagi ang pau...bukan org cina suka minta sedekah/ subsidi kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 25-4-2022 09:01 AM
bukan minta sedekah...itu tandanya perayaan...mcm org cina bagi ang pau...bukan org cina suka minta ...

Tp org melayu suka round 1 kampung mintak duit raya..ada tu siap label rmh yg kedekut
Cina tak ajar anak2 depa round 1 kampung mintak duit raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.309732 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list