View: 764|Reply: 11
|
[Dunia]
Pertempuran Al-Aqsa, 10 cedera
[Copy link]
|
|
Pertempuran Al-Aqsa, 10 cedera
Penunjuk perasaan Palestin bertempur dengan polis Israel di perkarangan masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis. - Foto AFP
BAITULMAQDIS: Pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel mencederakan 10 penunjuk perasaan dalam kejadian awal pagi tadi, yang berlaku di perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pegawai perubatannya merawat 10 yang tercedera.
"Lapan orang tercedera ketika pencerobohan polis manakala dua lain akibat peluru bersalut getah," katanya.
Tambahnya, tiga lagi dikejarkan ke hospital.
Pihak polis berkata, pasukannya memasuki perkarangan masjid bagi mengeluarkan penduduk Palestin dan memulihkan semula keadaan.
Tinjauan berhampiran pintu masuk mendapati terdapat ambulans, anggota polis lengkap bersenjata dan pecahan kecil blok konkrit.
Menurut media tempatan, pihak polis turut menahan dua penduduk Palestin.
Insiden pertempuran terbaru ini berlaku ketika umat Islam menyambut Ramadan selain sambutan Easter Kristian dan paskah Yahudi.
Ketegangan berminggu-minggu menyaksikan dua serangan maut berhampiran bandar pesisir pantai Tel Aviv sekitar akhir Mac dan awal bulan ini, selain penahanan besar-besaran oleh tentera Israel di Tebing Barat.
Jumaat lalu, pihak polis bertempur dengan penduduk Palestin di perkarangan Al-Aqsa termasuk di dalam Masjid Al-Aqsa.
Tindakan itu mengundang kecaman dari negara Islam.
Insiden itu mencederakan 150 orang.
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) meminta semua pihak bertenang, setahun selepas konflik besar terakhir antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... n-al-aqsa-10-cedera
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah musim haji tahun ini yg bakal belaku kekacauan di mekah..seperti yg dikatakan Rasulullah |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi ereb Tel Aviv tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku speku arab yang start kena kecam tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Want to work with medical billing company that deliver result according to your expectations? Finding a medical billing company you can rely upon to get you real results amongst the other billing services provider across the nation is a challenge to say the least. Often it’s difficult to find right medical billing company and have great teams with deep knowledge. [https://houseofoutsourcing.com/billing-services/
l]Medical Billing Services Company[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
Whateverrrrrrrrrrrrrrrrrr. So ? Kutip la derma smpai ajm |
|
|
|
|
|
|
|
acara tahunan ka sis, macam main mercun putus jari
|
|
|
|
|
|
|
|
Every year sama, bulan puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pelik ka tiap kali remdon baru israel attack? 11 bulan lagi aman2 adja..musti ada pelestin speseis chef ammar yg dok provoke.. kemaruk nam m,ati syahid berperang di bulan remdon pastu play victims. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Perang Rusia dan Ukraine yang baru beberapa minggu berlansung tu pun akak dah bosan, inikan perang Israel Palestin yang akak aware of sejak darjah 2 tahun 1990an (di mana akak udah reti tengok berita dunia tengah malam RTM tika itu). |
|
|
|
|
|
|
|
ini bangsa bangsa changa yang laknatullah |
|
|
|
|
|
|
| |
|