CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 3

[Tempatan] Kes basikal lajak: Ka Ting peroleh kebenaran merayu tangguh hukuman

[Copy link]
Post time 18-4-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Ka Ting peroleh kebenaran merayu tangguh hukuman

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... yu-tangguh-hukuman/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
18 April 2022, 11:06 am


Sam Ke Ting memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 di Mahkamah Rayuan hari ini.

PUTRAJAYA – Pemandu wanita yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Pada masa sama, wanita itu Sam Ke Ting, 27, turut memperoleh kebenaran bagi penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk P.Ravinthran berserta dua lagi panel iaitu Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Sam Ke Ting, 27, selaku perayu.
Dalam prosiding hari ini, tertuduh hadir ke kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian berbaju kurung berwarna biru diiringi anggota polis dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Oleh kerana kes itu pada asalnya bermula di mahkamah majistret, Ke Ting perlu mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan rayuan.

Pada 13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun Ke Ting selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 Ke Ting yang mana jika gagal bayar akan ditambah hukuman penjara enam bulan.

Dalam penghakimannya Hakim Datuk Abu Bakar Katar memberitahu, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara bersumpah bersifat penafian semata-mata bahawa responden tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar dan telah melarikan diri.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.-KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:26 AM | Show all posts

Sam Ke Ting Peroleh Kebenaran Merayu Tangguh Hukuman

Putrajaya – Pemandu wanita yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.


Pada masa sama, wanita itu Sam Ke Ting, 27, turut memperoleh kebenaran bagi penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut.


Panel tiga hakim yang diketuai Datuk P.Ravinthran berserta dua lagi panel iaitu Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Sam Ke Ting, 27, selaku perayu.




Foto: Kosmo




Dalam prosiding hari ini, tertuduh hadir ke kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian berbaju kurung berwarna biru diiringi anggota polis dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.


Oleh kerana kes itu pada asalnya bermula di mahkamah majistret, Ke Ting perlu mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan rayuan.


Pada 13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun Ke Ting selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.


Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 Ke Ting yang mana jika gagal bayar akan ditambah hukuman penjara enam bulan.


Dalam penghakimannya Hakim Datuk Abu Bakar Katar memberitahu, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara bersumpah bersifat penafian semata-mata bahawa responden tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar dan telah melarikan diri.


Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.


Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Najibun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 01:09 PM | Show all posts
ntah laa. bg aku memadai laa hukuman tu. takkan takde salah langsung. at least setimpal dgn apa dia buat. tu bahagian yg dia dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.244184 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list