CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 508|Reply: 1

[Tempatan] Tali barut stesen minyak berpakat dengan sindiket seludup diesel

[Copy link]
Post time 18-4-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Tali barut stesen minyak berpakat dengan sindiket seludup diesel

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iket-seludup-diesel

Disiarkan pada: April 18, 2022 @ 11:45am
Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]


SINDIKET penyeludupan diesel bersubsidi dipatahkan. FOTO Ihsan PGA

Johor Bahru: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini dan Klang, Selangor susulan tangkapan tiga suspek lelaki semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, sindiket didalangi warga tempatan termasuk seorang warganegara Indonesia berusia antara 36 hingga 40 tahun dipercayai sudah beroperasi sejak dua minggu lalu.

Katanya, pihaknya turut merampas sejumlah alatan, kenderaan pengangkutan dan diesel dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM 1.4 juta.

Menurutnya, semua suspek ditahan di sebuah premis di Taman Kota Puteri, Masai, kira-kira 12 tengah hari.

"Susulan tangkapan itu, kami merampas 51 tong lutsinar berkapasiti 1,000 liter setiap tong, empat mesin pam elektrik, kira-kira 43,000 liter diesel bersubsidi, dua set hos getah lutsinar, sebuah treler tangki Volvo FM berkapasiti 40,000 liter, treler tangki berkapasiti 35,000 liter, treler tangki Hino 500 berkapasiti 25,000 liter dan sebuah lori tiga tan Hino Dutro.

"Hasil pemeriksaan ke atas dua mesin aliran meter mendapati jumlah diesel yang sudah dipam ke dalam tangki melebihi satu juta liter," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menjual minyak diesel dengan harga RM 3.85 per liter kepada pengguna kapal di sekitar Klang, Selangor.

Katanya, bagi mendapatkan bekalan diesel, suspek dipercayai terlebih dahulu berpakat dengan tali barut di stesen minyak terpilih di sekitar Johor Bahru, untuk membeli diesel bersubsidi secara pukal sebelum menyeludupnya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah membeli secara pukal atau mengikut had yang ada di stesen minyak dengan menggunakan lori tangki kecil.

"Kemudian diesel dikumpulkan sebelum diproses untuk penghantaran ke Klang, Selangor menggunakan lori tangki besar.

"Biasanya mereka berpakat dengan stesen minyak terpilih dan kes masih dalam siasatan termasuk mengenalpasti saki baki dalang sindiket ini.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 1,427,350.00.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut," katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 12:40 PM | Show all posts
kalau bsikap jahat, sampai bila2 pun x settle masalah subsidi ni. org dalam punya kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.372572 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list