View: 472|Reply: 0
|
[Johor]
2 beradik terpaksa kongsi baju sekolah
[Copy link]
|
|

Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam mengunjungi keluarga Nur Rizan Aman di Kampung Melayu Majidee bagi menyalurkan sumbangan. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Akibat kesempitan hidup, dua beradik terpaksa bergilir baju sekolah menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak dapat bersekolah.
Suri rumah, Nur Rizan Aman, 46, berkata, anak ketiganya, Muhammad Syafiq Daniel, 15, dan adiknya Muhammad Syafiq Haziq, 14, terpaksa berkongsi baju sekolah secara bergilir setiap hari.
Katanya, kerana kesempitan wang juga dia dan empat anak berusia 14 hingga 21 tahun terpaksa tinggal dalam rumah yang sudah tiga tahun dipotong bekalan elektrik di Kampung Melayu Majidee di sini.
Menurutnya, dia tidak bekerja kerana mempunyai masalah jantung dan tinggal di rumah milik nenek suaminya sejak berpindah dari Pagoh ke Johor Bahru 12 tahun lalu, manakala suaminya pula tinggal di luar daerah serta tiada pekerjaan tetap.
"Setiap kali hujan kami semua akan berlindung di bahagian belakang rumah kerana bumbung banyak yang bocor, manakala setiap malam kami menggunakan lilin selain mendapat bekalan elektrik dari rumah jiran.
"Kami sekeluarga hidup dengan sumbangan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan di samping dibantu anak sulung, Siti Aminah Mohamad Zamri, 21, yang bekerja pengawal keselamatan di sebuah sekolah berdekatan.
"Selain itu jiran-jiran juga bermurah hati membantu kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Nur Rizan berkata, sebelum ini dia bekerja di kedai makan di kampung itu dengan gaji RM40 sehari manakala pada sebelah malam bekerja sebagai pengawal keselamatan dan memperoleh RM1,500 sebulan.
Menurutnya, disebabkan masalah jantung yang dihidapinya sejak lapan tahun lalu semakin teruk kerana sering sesak nafas dan kebas kaki serta tangan, dia terpaksa berhenti kerja pada Disember lalu serta mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
"Disebabkan motosikal kami ada rosak dan tidak mampu membaikinya, saya tidak lagi meneruskan rawatan selain tidak mampu.
"Keadaan ini membuatkan kami hidup seadanya dan disebabkan kesempitan hidup, Muhammad Syafiq Daniel dan Muhammad Syafiq Haziq terpaksa berkongsi baju sekolah.
"Manakala anak kedua, Siti Aisyah, 19, yang kini belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Pahang dan mengikuti kelas secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit kerana tiada komputer riba serta dia turut mengalami masalah rabun," katanya.
Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam hari ini yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian termasuk barang basah dan perkakas elektrik semuanya bernilai RM1,000 bagi meringankan beban mereka.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung dengan Siti Aisyah menerusi telefon bimbitnya di nombor 010-2713929.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kongsi-baju-sekolah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|