CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pasangan kekasih mengaku curi gelang emas

[Copy link]
Post time 18-4-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan kekasih yang mencuri seutas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di Kuala Pilah dibawa ke Mahkamah Sesyen. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Kuala Pilah: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencuri gelang dari sebuah kedai emas di sini, 8 April lalu.

Tertuduh, Muhammad Effendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka secara bersama mencuri gelang tangan emas Dunhill seberat 36.76 gram milik sebuah kedai emas.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3.45 petang, 8 April lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 25 April depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ku-curi-gelang-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.120692 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list