CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 7

[Tempatan] Harga tiket penerbangan domestik naik sehingga 566%, PM akan umumkan sesuatu

[Copy link]
Post time 18-4-2022 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Mekanisme harga tiket penerbangan domestik akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat sekali gus memberi penyelesaian terhadap isu harga tiket penerbangan yang melambung susulan musim perayaan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya sudah menghantar laporan terperinci mengenai langkah penyelesaian kepada Perdana Menteri untuk diteliti.

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), tiga syarikat penerbangan tempatan (MAB, AirAsia dan Malindo) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah pun membincangkan isu itu sejak tiga hari lalu.

Katanya, mereka sudah mencapai kata putus terutama berkaitan isu kenaikan harga tiket penerbangan khususnya sepanjang musim perayaan ini.

"Langkah penyelesaian yang dicapai itu sudah mengambil kira pandangan semua pihak dan kekangan yang dihadapi syarikat penerbangan," katanya pada sidang media Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Bersempena Sambutan Aidilfitri 2022, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Jalal dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.

Sebelum ini, media melaporkan harga tambang penerbangan domestik melonjak sehingga RM2,000 bagi penerbangan pergi dan balik.

Ia meningkat sekitar 566 peratus menjelang tempoh perayaan Aidilfitri iaitu pada 29 April hingga 8 Mei.

Ka Siong berkata, pihaknya akan terus memastikan harga tambang penerbangan domestik dipantau malah perubahan sudah dapat dilihat sejak semalam.

Menurutnya, trend kenaikan harga tiket penerbangan bukan hanya berlaku di Malaysia sebaliknya di seluruh dunia.

"Kita tidak boleh arahkan pesawat untuk terus terbang kerana pesawat itu sudah diparkir sejak dua tahun lalu dan ia perlu menjalani proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

"Kita juga melihat kepentingan hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, justeru, kita kena lakukan sesuatu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/833404/pm-akan-umum-harga-tiket-penerbangan-domestik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 07:39 PM | Show all posts
gov takmo ke sediakan pengangkutan alternatif lain dan hidupkan balik Feri Malaysia 80an yg dulu tuh?

tbh ai dah bosan naik flight, sekali sekala nak gak naik feri. tak kesah la KL-Btu ambik masa 2-3 hari baru sampai, at least bole jln atas dek kapal tengok dolphin ke, dugong ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-4-2022 11:39 AM
gov takmo ke sediakan pengangkutan alternatif lain dan hidupkan balik Feri Malaysia 80an yg dulu tuh ...

Aiol nak ada luxury cruise dari Malaya pi Borneo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yehudis tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Turun dh harga tiket, rezeki lebih ramai org balik raya
Ikhlas dari aku yg dh beli tiket rm2k+ untuk raya ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:20 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 18-4-2022 07:57 PM
Aiol nak ada luxury cruise dari Malaya pi Borneo.

mcm feri jepun kat bwh nih kan



kalau buat feri pergi balik Malaya ports - Swk ports - Sabah ports, mesti dpt sambutan. bg ajar sket flight companies yg sesuka hati cekik darah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-4-2022 02:20 PM
mcm feri jepun kat bwh nih kan




Yeap. Bestnyaaaah kalau hada. Takde la bosan 2 jam ja dah sampai Malaya macam naik kapal terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Papadafi umum parlimen dibubarkan, tiket kapal terbang untuk balik mengundi ditaja oleh Keluarga Malaysia Barisan Nasional
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.343256 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list