CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan lulus 326 projek bernilai RM32 juta

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:08 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN (tengah) pada majlis cabutan kerja undi penyelenggaraan jalan MARRIS Fasa Satu di Wisma Negeri di sini, petang semalam. FOTO Ihsan Pejabat MB

Seremban: Kerajaan negeri meluluskan 326 projek bernilai RM32.135 juta daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), bagi peringkat fasa satu tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata projek berkenaan membabitkan setiap satunya bernilai tidak melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM80,000.

Katanya, sebanyak 1,403 bilangan kontraktor daripada 2,214 berjaya memenuhi syarat melalui pendaftaran secara dalam talian.

"Projek yang diluluskan ini antaranya membabitkan menyediakan infrastruktur jalan raya dan ia menjadi sebahagian daripada usaha merangsang semula ekonomi negeri selepas terkesan dengan penularan Covid-19 termasuk dalam sektor pembinaan.

"Inisiatif ini diharap dapat membantu kontraktor kelas G1 di seluruh Negeri Sembilan di saat sukar ini, di samping dapat memberi manfaat besar kepada pembangunan negeri dan menambah baik kemudahan rakyat," katanya selepas program cabutan kerja undi penyelenggaraan jalan MARRIS Fasa Satu di Wisma Negeri di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Wan Hasnan Wan Musa.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sepanjang tahun lalu, kerajaan negeri meluluskan sebanyak 779 bilangan projek MARRIS dengan nilai peruntukan keseluruhan berjumlah RM79.67 juta.

Beliau menggesa kontraktor yang diberi amanah melaksanakan projek terbabit supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) industri pembinaan selain memastikan spesifikasi ditetapkan diikuti.

"Agensi kerajaan yang memantau pelaksanaan kerja di tapak pula seperti JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pematuhan SOP berkenaan dipatuhi.

"Isu keselamatan semasa pembinaan perlu diberi perhatian dan dipandang serius supaya keselamatan pekerja di tapak bina dan orang awam terjamin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bernilai-rm32-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.375119 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list