View: 516|Reply: 0
|
[Johor]
25 saman potong barisan, guna laluan kecemasan
[Copy link]
|
|

ANTARA kenderaan yang diperiksa dalam operasi berkenaan.
Johor Bahru: Padah memotong barisan ketika jalan raya sesak pada waktu puncak, 25 saman dikeluarkan dalam Op Utama di Jalan Bakar Batu dan Kilometer 3 Lebuhraya Utara Selatan di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengeluarkan 16 saman di bawah Kaedah 6(1) LN 166/59 atas kesalahan potong barisan.
Sembilan saman mengikut di bawah Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan.
"Lokasi berkenaan kerap dilaporkan berlaku kesalahan potong barisan terutama ketika kenderaan berada dalam barisan atau deretan untuk menunggu aliran trafik bergerak.
"Menjadi kesalahan, jika mana-mana kenderaan yang datang dari arah belakang untuk memasuki hadapan barisan itu.
"Sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, kerap berlakunya kenderaan mengambil kesempatan untuk menggunakan lorong kecemasan bagi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain semata-mata untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan cara mudah," katanya
Dalam operasi itu juga, seramai 49 individu dan 30 kenderaan diperiksa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-laluan-kecemasan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|