View: 401|Reply: 0
|
Malaysia tuan rumah Muaythai Remaja Dunia
[Copy link]
|
|
Malaysia dipilih tuan rumah Kejohanan Muaythai Remaja Dunia pada Ogos depan.
KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi lokasi utama bagi penganjuran temasya besar selepas pasca pandemik apabila dijadual menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022.
Kejohanan berkenaan dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Ogos ini dan ia dimaklumkan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa (IFMA), Stephan Fox dalam satu sidang media bersama media tempatan.
Katanya, pihaknya menjangkakan penyertaan lebih daripada 100 negara bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang masih belum diputuskan lokasinya dan ia satu perkembangan yang positif buat Malaysia.
"Atlet dari lebih 100 negara akan beraksi di kejohanan itu dan ia pastinya satu perkembangan yang baik untuk industri sukan di Malaysia sendiri selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa.
"Selaku wakil IFMA, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil keputusan membuka semula sempadan negara dan ia membolehkan kejohanan sukan antarabangsa dapat dianjurkan semula. Ia secara tidak langsung akan kembali merancakkan industri sukan di negara ini.
"Kejohanan ini akan membawa lebih 10,000 delegasi antarabangsa ke Malaysia yang akan berada di Malaysia lebih dari 10 hari," kata Fox dalam sidang media berkenaan.
Fox berkata, Rancangan TV Hollywood popular 'Muaythai The Challenger' bakal ditayangkan di saluran popular AXN ke lebih 500 juta penonton seluruh dunia sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan destinasi MICE utama dengan kempen kempen digital khas pasca pandemik
https://www.bharian.com.my/sukan ... aythai-remaja-dunia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|