CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1427|Reply: 12

[Tempatan] Anak perempuan Zahid Hamidi nafi lindungi Siti Bainun

[Copy link]
Post time 19-4-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Anak Zahid nafi lindungi Siti Bainun

https://www.malaysiakini.com/news/618528

Diterbitkan:  Apr 19, 2022 1:07 PM⋅
Dikemaskini: 2:40 PM



Anak perempuan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad Zahid menepis dakwaan bahawa keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Siti Bainun, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia bagaimanapun, tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Melalui hantaran di Instagram milik Nurul Hidayah, dia berkata keluarganya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Siti Bainun, walaupun mengakui bahawa mereka mempunyai sejarah dengannya.

“Kami sekeluarga tidak kena mengena dengan OKT atau dengan pemahaman lain, kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT.

“Benar, kami pernah kenal dan rapat. Sebagai seorang yang pernah rapat, saya merasakan dikhianati kerana selama ini OKT yang sanggup sebagai insan yang suka membantu orang lain sebenarnya mempunyai satu lagi personaliti yang tidak terbayang dek akal saya,” katanya.

Sementara itu, Zahid pada Ahad turut menafikan khabar angin bahawa Siti Bainun mampu melantik sepuluh orang barisan peguam disebabkan dirinya.

“Maka terpaksalah saya akui saya pernah membantu ramai individu sepanjang penglibatan dalam politik. Termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan.

“Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

“Hanya dengan mengaitkan gambar saya dengan tertuduh juga tidak berasas, sebagai seorang pemimpin mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar,” katanya ketika menjelaskan isu tersebut dalam hantaran Facebook miliknya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Time ni semuaaaa la keluar ek, TMJ dah bsuara baru semua pon keluar nafikan ek

Jadah laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh..minah yindon..tau takut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua pun nak dikaitkan dgn politik.Sah mcm bangang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 19-4-2022 07:00 PM
Time ni semuaaaa la keluar ek, TMJ dah bsuara baru semua pon keluar nafikan ek

Jadah laaaaaa

Btoi tu wehhh....baru skrg semua gagap nk nafikan. Sebelum ni diam mcm kena pukau
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Syed Azmi manaaa
Lagi la diam tak berkutik langsung ya
Kalau pasal ostat2 kemain hari2 merempan
Time member dia diam. Jaga emosi konon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Syed Azmi pengasas I want touch a dog
Benda haram pun nak Promot
What do you expect dengan orang cmtu
Dahla suka aib2 kan cerita mangsa kat FB
Acah2 hero
Elok lagi ebit. Tolong2 juga tapi takda nak kecohkan luahan masalah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:38 AM | Show all posts
naina replied at 20-4-2022 08:34 AM
Syed Azmi manaaa
Lagi la diam tak berkutik langsung ya
Kalau pasal ostat2 kemain hari2 merempan

dia kan ada masalah emosi....rasa tgh hantuk kepala dekat dinding kut
sibuk lagi nak kutip derma haritu
buat keje tak ikhlas...tuhan balas cash


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 09:03 AM | Show all posts
laju je nafi xde kaitan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 10:52 AM | Show all posts
ok kak long
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke org yg x dikenali nk amik gmbr ramai2 1 family?....dh knp anak wak jahit nih merempam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 04:58 PM | Show all posts
Dalam situasi macam ni berdiam lebih baik dari berkata yang boleh membangkitkan isu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:55 PM | Show all posts
Her lengthy justification says it all LOL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085923 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list