CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 17

[Tempatan] Pola guru bersara awal sangat membimbangkan - Tok Mat

[Copy link]
Post time 19-4-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Pola guru bersara awal sangat membimbangkan - Tok Mat

https://www.bharian.com.my/berit ... mbimbangkan-tok-mat

Oleh Luqman Arif Abdul Karim - April 19, 2022 @ 4:24pm
[email protected]


SEREMBAN, 19 April -- Ketua pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (berdiri) berbahas pada Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 hari ini.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pendidikan bagi membincangkan isu guru bersara awal, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan yang disifatkannya sangat membimbangkan.

Katanya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan pada 18 April lalu menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, statistik KPM yang dikeluarkan pada 9 November 2021 menunjukkan hanya 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun lalu.

"Jika anggaran NUTP itu benar, maka pola bersara awal mahu pun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini sangat membimbangkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan mengemukakan perincian terhadap kegusaran NUTP itu kerana kebajikan golongan pendidik adalah keutamaan yang tiada kompromi.

Mohamad menjelaskan, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pendidikan akan membolehkan wakil KPM dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menerusi pendekatan berteraskan ketelusan, beliau yakin penyelesaian jangka panjang berupaya dirumuskan bagi merungkai masalah terbabit.

Katanya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan pada 18 April lalu menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, statistik KPM yang dikeluarkan pada 9 November 2021 menunjukkan hanya 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun lalu.

"Jika anggaran NUTP itu benar, maka pola bersara awal mahu pun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini sangat membimbangkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan mengemukakan perincian terhadap kegusaran NUTP itu kerana kebajikan golongan pendidik adalah keutamaan yang tiada kompromi.

Mohamad menjelaskan, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pendidikan akan membolehkan wakil KPM dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menerusi pendekatan berteraskan ketelusan, beliau yakin penyelesaian jangka panjang berupaya dirumuskan bagi merungkai masalah terbabit.

"Keputusan nekad guru untuk bersara awal meskipun masih produktif bakal memberi kesan terhadap kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan Malaysia," katanya menyifatkan perkembangan itu seakan memberi gambaran sesuatu tidak kena dengan KPM.

Mohamad berkata, polemik berkenaan perlu ditangani menerusi intervensi kerajaan bagi mengelak risiko krisis pendidikan yang lebih meruncing kerana tindakan golongan pendidik berpengalaman bersara awal adalah kerugian sangat besar kepada negara.

"Pelbagai cabaran dihadapi guru di musim pandemik adalah sangat difahami. Ia sangat menguji ketahanan emosi dan psikologi mereka. Apatah lagi bila dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang akhirnya menganggu tugas hakiki, justeru intervensi kerajaan dalam perkara ini adalah sangat penting.

"Sekiranya berlanjutan, negara bakal menghadapi krisis pendidikan yang lebih kritikal. Aspirasi untuk menjadikan sekolah dan mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan mutu antarabangsa akan pasti terjejas.

"Hal ini kerana guru adalah pemangkin sangat penting dalam memajukan bangsa dan negara memandangkan mereka mempunyai pengaruh luar biasa ke arah mencorakkan keperibadian serta pemikiran generasi pelapis," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingeramdhan at 19-4-2022 05:17 PM

Pemangkin la sangat......

If you are not made to be a commited and dedicated educator....then we dont need you....period.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
stingeramdhan replied at 19-4-2022 05:16 PM
Pemangkin la sangat......

If you are not made to be a commited and dedicated educator....then we do ...

Hapuskan skim pencen dan gratuiti brsepah penjawat awam x jadi pencen awal
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 19-4-2022 05:33 PM
Hapuskan skim pencen dan gratuiti brsepah penjawat awam x jadi pencen awal

Scheme pension memang generally membebankheun negara....period.

Aku memang berharap ianya dimansuhkheun in due course....

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
majuk la tu...bertiktok...pon tableh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
stingeramdhan replied at 19-4-2022 05:52 PM
Scheme pension memang generally membebankheun negara....period.

Aku memang berharap ianya dimansu ...

Boleh je ada skim pencen tp umo 60 baru dpt guna dan servis kena umo 60 . Siapa pencen awal pastu nk tggu umo skian2 utk kluar kan pencen batalkan je pencen tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
@chazey @dua_chzy tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat guru. Politician pun sama patut benti awal.. hapuskan pencenn.. duit pencen boleh guna benda lain utk negara.. level kerja pon sama je dr dulu sampai kesudahh.. still semua nak ke kaunter..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
polis pun ramai benti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut komplen pencen menteri tu. Apo setakt 5 tahun dpt pencen seumur hidup byk cantik
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebihkanlah intake yang baru supaya bersesuaian dengan yang bersara. Ramai oi kat luar tu budak2 pendidikan yang nak kerja sebab takde kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 02:32 AM | Show all posts
tokmat bakal menteri pendidikan

pastu baru jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:59 AM | Show all posts
Apa salahnya..biarlah fresh grad pulak yg keje…
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 20-4-2022 03:59 AM
Apa salahnya..biarlah fresh grad pulak yg keje…

Bertambah la beban kewangan negara. Umo 40 kata 20 org da nk pencen kerajaan da kena bye gratuiti smntra ckup umo dapat duit pencen.

Pastu yg 20 org dapat jdi cikgu pon masa umo 40 lbih nk pencen awal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lohhhhhh....kan ramai org swasta suka org gomen bersara awal ....eloklah tu....kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mmg xde hati nk keje mendidik..biar je la pencen awal sbb nanti yg mudarat pelajar2 dpt guru sambil lewa. Cikgu2 sekrg bukan semua minat dedikasi cam cikgu dedulu tok mat...ada yg bisnes side income sampai keje lalai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 19-4-2022 01:48 PM
Bertambah la beban kewangan negara. Umo 40 kata 20 org da nk pencen kerajaan da kena bye gratuiti  ...

Perlu kerja bekerja tahun untuk layak dapat pencen?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 10:16 AM | Show all posts
kemaruk replied at 20-4-2022 02:32 AM
tokmat bakal menteri pendidikan

pastu baru jadi PM

br lh ada isu yg diperjuangkan yg org nmpk
xkn naik 0 je kan


walawponnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list