View: 453|Reply: 1
|
Berdepan detik 'cemas' sebelum ke Australia
[Copy link]
|
|
MIRNAWAN amat berterima kasih kepada pihak Hockey Australia yang bersungguh-sungguh cuba membantu mereka. FOTO SHAHMI IMRAN
Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara berdepan detik 'cemas' sebelum akhirnya berjaya juga untuk terbang ke Australia, Khamis ini bagi mengharungi siri perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking pertama dunia itu.
Pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, kelewatan ke Australia berlaku susulan permohonan visa ke negara itu sebelum ini dibatalkan dan skuad negara hanya memperoleh kelulusan menerusi permohonan kali ketiga, semalam.
Ini bermakna, skuad negara tidak sempat untuk beraksi pada perlawanan pertama Khamis ini daripada lima perlawanan yang sepatutnya berlangsung dan Mirnawan berkata, pihaknya perlu mengadakan perbincangan dengan Hockey Australia berhubung perkara itu.
"Kami amat berterima kasih kepada pihak Hockey Australia yang bersungguh-sungguh cuba membantu kami untuk mendapatkan visa ke Australia dan akhirnya selepas tiga permohonan, barulah ia diluluskan semalam.
"Perancangan asal untuk terbang awal tidak berlaku tetapi apapun kami masih dapat pergi ke Australia bermula Khamis ini. Mengenai lima perlawanan dengan Australia, ia akan dibincangkan semula.
"Ketika ini saya tak boleh sahkan berapa jumlah perlawanan yang akan diharungi tetapi saya berharap kami dapat beraksi sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan dengan Australia.
"Mereka faham situasi yang kami alami dan saya rasa tidak ada masalah untuk menjadualkan semula semua perlawanan itu," katanya ketika dihubungi.
Mengikut perancangan asal, skuad negara sepatutnya bertemu Australia pada Khamis ini, 23, 24, 26 dan 28 April sebelum pulang keesokan harinya.
Siri perlawanan persahabatan dengan Australia adalah persiapan skuad negara untuk mengharungi saingan Piala Asia di Jakarta, Indonesia dari 23 Mei hingga 1 Jun ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebelum-ke-australia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa blh ada masalah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|