CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 8

[Tempatan] Petugas khas digerakkan untuk selesai kesesakan Tambak Johor. RTS dan HSR tersenyum sinis.

[Copy link]
Post time 20-4-2022 08:49 AM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... esakan-tambak-johor

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menggerakkan pasukan Task Force bagi mencari penyelesaian kesesakan di tambak Johor yang kerap berlaku terutama ketika hujung minggu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia adalah penyelesaian jangka pendek sementara Projek Sistem Transit Rapid (RTS) siap menjelang 2026.

Beliau berkata, sistem pengangkutan moden ini yang bakal siap pada tahun 2026 dapat menangani masalah kesesakan yang sering berlaku di tambak Johor.

"Saya turut yakin apabila projek RTS siap kelak ia akan membawa limpahan ekonomi yang besar kepada rakyat dan negeri Johor khususnya di Johor Bahru," katanya.

Beliau berkesempatan melawat tapak projek Rapid Transit System (RTS) Singapura-Johor Bahru Link Woodlands North Terminus bersama-sama Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran.

Terdahulu, Onn Hafiz melakukan kunjungan hormat ke Singapura.

Beliau disambut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Onn Hafiz berkata, banyak perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan, antaranya bagaimana Johor boleh meningkatkan kerjasama dengan Singapura.

"Kami turut berbincang tentang ekonomi, infrastruktur, dan golongan belia.

"Hubungan erat Johor dan Singapura memang terjalin sejak sekian lama, semoga hubungan ini dapat dieratkan lagi demi kebaikan rakyat Johor dan Singapura," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Keghairahan meluap luap dlm menggalas tugas baru.....

Kita tengok siapa yg kena

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 09:14 AM | Show all posts
stingeramdhan replied at 20-4-2022 08:52 AM
Keghairahan meluap luap dlm menggalas tugas baru.....

Kita tengok siapa yg kena

Kasihan rakyat buang masa, tenaga dan minyak hari-hari redah jem.
Jadi terpaksa cepat buat tindakan.

Menifesto kata nak sediakan sejuta pekerjaan jadi tak perlulah lagi RTS/HSR ni semua kerja di Malaysia lagi best.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 20-4-2022 09:14 AM
Kasihan rakyat buang masa, tenaga dan minyak hari-hari redah jem.
Jadi terpaksa cepat buat tindak ...

60 tahun kita merdeka, PM dah berapa kali bertukar ganti? Menteri besar dah berapa kali lompat2?

JEM TETAAAAAAAAAAAAAAAP JEM....

Podahhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 09:26 AM | Show all posts
stingeramdhan replied at 20-4-2022 09:20 AM
60 tahun kita merdeka, PM dah berapa kali bertukar ganti? Menteri besar dah berapa kali lompat2?
...

Sempadan antarabangsa ni bawah kuasa persekutuan.

Dan jika nak buat link yang baru kena persetujuan dan komitmen kedua-dua negara baru boleh buka.

Dalam masa 60 tahun baru ada buat link kedua sebagai jalan alternatif.

Sebelum COVID ruang udara KL-Singapura merupakan laluan paling sibuk dalam dunia.

Untuk atasi jem memang tiada penyelesaian yang paling baik iaitu pengangkutan rel.

Sebab itu RTS dan HSR ini dicadangkan dan kedua-dua negara pun dah bersetuju untuk buat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 20-4-2022 09:26 AM
Sempadan antarabangsa ni bawah kuasa persekutuan.

Dan jika nak buat link yang baru kena persetuju ...

Trust me...you will not get to see KELANCARAN in your lifetime.....

Selagi kerajaan kita yg prinsipnya...U TURN, 3 POINT TURN, RIGHT LEFT TURN...
AND ROUNDABOUT....

Ikhtizam besar....perlaksanaan zilch......sibukkheun tembolok sendiri...rakyat can always wait......kata depa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2022 09:40 AM | Show all posts
stingeramdhan replied at 20-4-2022 09:30 AM
Trust me...you will not get to see KELANCARAN in your lifetime.....

Selagi kerajaan kita yg prins ...

Bermula dengan Pak Lah wujud budaya cancelkan dan u turn projek PM sebelumnya.

Sepatutnya teruskan sahaja projek Landasan Berkembar dan Jambatan Bengkok yang telahpun berjalan.

Ini bila tukar PM baru U turn tak pasal2 kena bayar ganti rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 20-4-2022 09:40 AM
Bermula dengan Pak Lah wujud budaya cancelkan dan u turn projek PM sebelumnya.

Sepatutnya teruska ...

Pasal membazirkheun duit rakyat ...memang tidak ada yg boleh celen kerajaan kita......tapi pada masa yg sama...harta bonus mereka sendiri tak terluak.....perancangan pembanguan serta perlaksanaan utk negara macam tahik

Nak carutkheun bulan posa pulak kheunz?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2022 11:30 AM | Show all posts
stingeramdhan replied at 20-4-2022 09:47 AM
Pasal membazirkheun duit rakyat ...memang tidak ada yg boleh celen kerajaan kita......tapi pada ma ...

Daripada dulu lagi kita dengar. Buat jambatan pulau pinang membazir, buat highway membazir, landasan berkembar membazir. tapi tengok hujung minggu dan musim perayaan, penuh penggunanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045995 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list