View: 363|Reply: 0
|
Rafiq puas hati pemilihan pemain
[Copy link]
|
|
Ngiap Shyang berkata, mereka sudah membuat persiapan rapi sebelum menjelangnya temasya Sukan Sea pada bulan hadapan. FOTO AMIRUL JOHARI
Kuala Lumpur: "Saya agak berpuas hati dengan pemilihan atlet untuk Sukan Sea pada kali ini. Saya tidak letakkan sasaran untuk edisi kali ini sahaja tetapi saya letakkan untuk jangka masa panjang, mungkin lima atau enam tahun ke depan."
Demikian jawapan daripada Mohd Rafiq Arumi Abdul Latif selaku jurulatih pasukan bola tampar pantai lelaki.
Mohd Rafiq ditemui pada sidang media kontinjen kebangsaan yang akan ke Sukan Sea Hanoi, Vietnam pada Mei depan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Jelasnya lagi, pemilihan atlet kali ini dilakukan semasa berlangsungnya tiga sirkit pemilihan yang diadakan di tiga lokasi berbeza pada bulan 12 tahun lalu.
"Pemilihan atlet selepas dijalankan tiga sirkit, yang pertama di Shah Alam, kedua Pulau Pinang dan terakhir di Johor Bahru. Di antara tiga-tiga sirkit tersebut kita ambil pemain dengan jumlah mata terbaik dan dari situ kita buat penapisan semula.
"Untuk bola tampar pantai kali ini terdiri daripada atlet muda dan sekarang ini semuanya adalah atlet baharu. Kita akan hantar dua pasukan lelaki untuk Sukan Sea kali ini dan sasaran yang diletakkan adalah pingat gangsa," katanya.
Sementara itu, atlet lelaki bola tampar pantai kebangsaan Shon Ngiap Shyang berkata, mereka sudah membuat persiapan rapi sebelum menjelangnya temasya Sukan Sea pada bulan hadapan.
"Saya dah buat persediaan sejak dua tahun sebelum ini jadi saya yakin untuk bermain di sana. Saya bersama jurulatih juga percaya kita boleh capai misi yang diletakkan." Katanya pada sidang media hari ini.
Pasukan kebangsaan mempunyai strategi tersendiri dengan menggabungkan atlet senior dan junior yang dilihat akan memberi keseimbangan bagi setiap pasukan meraih pingat bagi edisi Sukan Sea kali ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ti-pemilihan-pemain |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|