CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 16

[Tempatan] Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram

[Copy link]
Post time 22-4-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
www.sinarharian.com.my
22 April 2022



SEREMBAN - Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram, Ahad lepas.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 52 tahun itu telah dimasukkan ke sebuah kumpulan Telegram dan ditawarkan pakej pelaburan dalam tempoh perdagangan tiga hingga enam jam yang akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 setelah selesai tempoh masa perdagangan tersebut.

"Mangsa memilih pakej 1 iaitu membayar sebanyak RM1,000 dengan pulangan RM16,000 dalam tempoh masa perdagangan tiga hingga enam jam. Tertarik dengan tawaran tersebut, lelaki berkenaan melakukan bayaran sebanyak RM1,000 ke akaun bank tempatan milik seorang individu pada hari sama.


"Pada 18 hingga 19 April, mangsa telah membuat empat kali transaksi berjumlah RM44,500 ke beberapa akaun bank tempatan milik syarikat dan individu lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang sudah membuat transaksi itu, sekali lagi diminta membuat bayaran sebanyak RM27,500 sebelum RM82,500 didakwa akan dimasukkan ke akaunnya.

Chang Hook berkata, mangsa yang berasa telah ditipu membuat laporan polis pada Khamis dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Chang Hook berkata seorang jurujual lelaki berusia 30 tahun dari Bahau kerugian RM20,000 selepas terpedaya dalam sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan kegiatan dadah.

"Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki pada 16 April lepas dan panggilan itu didakwa disambungkan kepada pegawai polis bagi menjalankan siasatan terhadap mangsa," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu yang mengikut arahan suspek telah mendedahkan semua butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali tersebut serta mangsa yang berasa curiga lalu membuat semakan ke dalam akaun banknya dan mendapati wang telah berkurangan sebanyak RM20,000.

Chang Hook berkata mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis pada Selasa lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak untung RM15k tapi kena bayar RM45k. Kat mana logik tu? Dah kena pukau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:34 PM | Show all posts
Too good to be true la cikgu aduhaiii!

Zaman2 inflasi dunia sekarang ni tak de orang nak bagi duit sesenang sebanyak tu dlm masa yg singkat camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo la mung cikgu. Berpuluh Kali dah dibagitau tipu je semua telegram group pelaburan tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:33 PM | Show all posts
kesian dgn org yg senang kena tipu ni.... pikir logik je la sapa nak bagi ko duit gitu jer pelaburan konon pelaburan my ass.....
aritu tu scammer call aku konon dari hsbc ada org guna cc aku kononnya iols terus sembur kan jer last2 koyak sambil fuckoff kan iolsss cilaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:33 PM | Show all posts
kesian dgn org yg senang kena tipu ni.... pikir logik je la sapa nak bagi ko duit gitu jer pelaburan konon pelaburan my ass.....
aritu tu scammer call aku konon dari hsbc ada org guna cc aku kononnya iols terus sembur kan jer last2 koyak sambil fuckoff kan iolsss cilaka betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 02:38 PM | Show all posts
Tapi mmg hamjadah la group2 ni. Terkejut tiber ada dlm Group2 pelaburan ni. Bukan satu pulak tu.
Mula tgk jugak..memasing pakat pos duit masuk bagai.
Tak koser la...report spam dan exit je la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:02 PM | Show all posts
godaan betul bayar skit dapat lebih banyak.. kalau belum pernah dengar tentang penipuan memang terliur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 11:39 PM | Show all posts
banyak duit cikgu
sebab tu ramai nak bersara awal
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 22-4-2022 02:38 PM
Tapi mmg hamjadah la group2 ni. Terkejut tiber ada dlm Group2 pelaburan ni. Bukan satu pulak tu.
Mul ...

Nyampahnye report spam and leave, esok2 ada lg yg invite masuk.
Ada satu hari tu i ngamuk dlm group tu, admin pun kick iols keluar.
Esok2 ada lg invite masuk.

Kdg2 ada masa free iols skroll group tu bc testimoni scammer tu. Byk yg tulis mcm keindonesiaan sikit.

Skang asyik naik group nama ddnk plakk
Sapa bodo pi caye mmg laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah ni grup telegram yg pelabur2 berterima kasih kat admin grup tu guna ayat2 skema pelik

benci betul aku baca skrip berterima kasih diorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 22-4-2022 11:23 AM
Nak untung RM15k tapi kena bayar RM45k. Kat mana logik tu? Dah kena pukau ke?

Bukan pukau..tapi terpukau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Orang tamak selalu rugi. Paling benci cikgu2 kaki rekrut scammer MLM ka pelaburan ntah hapa2 ini. Mulot kemain manis cakap itu ini, orang kasik nasihat pun tak mau dengar. Ujung2 bila rugi atau baru sadar dah kena scam, akak senyum sinis saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:54 AM | Show all posts
Sebab pencen ada... dah mengaburi otak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:48 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 22-4-2022 11:53 PM
Nyampahnye report spam and leave, esok2 ada lg yg invite masuk.
Ada satu hari tu i ngamuk dlm grou ...

Mmg Indon pun.
Dalam nak menten tulis BM..akan terselit juga bahasa caprutnya tu.
Terlalu byk Group so ada sekali tu cuba juga tgk pos org yg kat dlm tu. Ayat2 lebih kurang sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:50 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 22-4-2022 11:57 PM
adakah ni grup telegram yg pelabur2 berterima kasih kat admin grup tu guna ayat2 skema pelik

...

Berterima kasih dan nak letak lagi RM25K dana...hahaha
pastu tunjuk gambar transaksi bank. Cara susun resit2 transaksi tu sama je cuma tukar amaun dn nama orgnya je.
Mmg rambang mata la tgk duit masuk ribu riban tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 08:53 AM | Show all posts
sapa la  nk bg duit pree2 oiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list