GEORGETOWN: Pemuda berusia 21 tahun yang dilaporkan terjatuh ke sungai di Taman Areca Pinang Park, Lebuh Sungai Pinang 1, malam tadi, ditemukan lemas.
Mangsa, Muhammad Amiruddin Biddin, Muhammad Amiruddin Biddin, 21, dikatakan berada di kawasan itu sebelum orang awam melihatnya terjatuh ke sungai.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A'azelan Hassan, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 8.14 malam, dan 24 anggota termasuk dari BBP Bagan Jermal ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian berpandukan lokasi jatuh yang dimaklumkan saksi. Pencarian turut dibantu orang awam dan nelayan tempatan dengan bot persendirian," katanya ketika ditemui.
Mayat mangsa kemudian ditemui pada 10.37 malam, kira-kira 15 meter dari lokasi dia jatuh.