View: 1090|Reply: 2
|
Ibu Panik Bila Mainan "Pop It Bubble" Tersangkut Di Celah Gigi Anak
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak biasanya ada perasaan ingin tahu untuk mencuba pelbagai perkara, tetapi ibu bapa ataupun penjaga tidak boleh leka kerana mereka selalu melakukan perkara yang tidak boleh dijangkakan dan boleh menjadi perkara yang tidak diingini.
kredit foto: Instagram
Petikan dari Beautifulnara, baru-baru ini ada video tular di TikTok memaparkan seorang ibu merakam anaknya berusia 12 bulan yang hampir tertelan permainan "pop-it-bubble" iaitu permainan silikon berwarna-warni yang boleh dipicit.
Difahamkan, ketika wanita itu mahu keluar ke pusat beli belah, dia perasan ada sesuatu di dalam mulut anaknya dan meminta suaminya menghantar kanak-kanak itu ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Doktor pada mulanya menyangkakan gusi anaknya bengkak, tetapi selepas melihat secara menyeluruh ia rupa-rupanya adalah permainan "pop-it-bubble" yang melekat di dalam mulut kanak-kanak itu.
kredit foto: Instagram
Ekoran itu, wanita berkenaan terus membuang permainan "pop-it-bubble" kerana risau perkara sama berulang. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua benda wajib rekod dan upload kat socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni dah lama kan? ni siaran ulangan pulak ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|