CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 986|Reply: 6

[Dunia] G20 tidak boleh berfungsi selagi ada Russia - Kanada

[Copy link]
Post time 23-4-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode
G20 tidak boleh berfungsi selagi ada Russia - Kanada


Foto AGENSI

WASHINGTON: Kumpulan 20 ekonomi utama dunia (G20) tidak boleh berfungsi dengan berkesan selagi Russia kekal sebagai anggota, kata Menteri Kewangan Kanada, Chrystia Freeland.

Kenyataan itu dibuat selepas bantahan selama seminggu terhadap perang Moscow di Ukraine pada mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Washington.

Perselisihan mengenai kehadiran Russia pada mesyuarat itu ditunjukkan sepanjang minggu, dengan pegawai dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain dan negara Barat lain meninggalkan mesyuarat selama tiga hari berturut-turut setiap kali pegawai Russia bercakap.

Menteri Kewangan G20 dan gabenor bank pusat, yang bertemu di Washington pada Rabu lalu, gagal mencapai persetujuan yang biasa dimeterai, yang menggariskan matlamat dasar ekonomi apabila Russia menyekat kenyataan mengutuk pencerobohannya ke atas Ukraine.

Jawatankuasa pemandu IMF dan Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia-IMF juga gagal mengeluarkan kenyataan bersama.

"G20 tidak boleh berfungsi secara berkesan, dengan Russia masih bersama.

"Russia tidak mempunyai tempat di meja negara yang bersatu untuk mengekalkan kemakmuran ekonomi global," kata Freeland dalam satu sidang akhbar bersama Menteri Kewangan Ukraine, Serhiy Marchenko di Washington.

Katanya, Russia melanggar peraturan antarabangsa yang sudah lama wujud dengan pencerobohannya di selatan Ukraine.

"Anda tidak boleh menjadi pemburu haram dan penjaga permainan pada masa yang sama.

"Ketegangan itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan G20, termasuk negara Barat yang menuduh Moscow melakukan jenayah perang di Ukraine, selain China, India, Indonesia dan Afrika Selatan yang tidak menyertai sekatan yang diketuai Barat terhadap Russia berhubung konflik itu. - REUTERS

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... i-ada-russia-kanada

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang saja seperti G8 jadi G7.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nusaraya at 23-4-2022 03:12 PM

G20 tanpa Malaysia hanya menjadi Rimau tanpau gigi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 23-4-2022 11:52 AM
Buang saja seperti G8 jadi G7.....

Gantikan saja Russia dengan Malaysia  selaku wakil gergasi superpower Bani Jawi bangsa Melayu .  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 22-4-2022 11:10 PM
Gantikan saja Russia dengan Malaysia  selaku wakil gergasi superpower Bani Jawi bangsa Melayu .

Indon tidak cukup hebat kah untuk upgrade gantikan russia year 2014 with special significance appointed  untuk G8 ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 23-4-2022 11:52 AM
Buang saja seperti G8 jadi G7.....

Like a G6

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052565 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list