CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 2

[Tempatan] 1.4 juta kenderaan dijangka masuk Kedah Aidilfitri ini

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode
1.4 juta kenderaan dijangka masuk Kedah Aidilfitri ini


MOHD Mahiri lapan, kiri) bergambar bersama kakitangan Petronas pada Program Pra Ops Selamat 18/22 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Petronas. FOTO Bernama

Alor Setar: Polis menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki Kedah pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin berkata, peningkatan kenderaan itu adalah kerana tahun ini masyarakat dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung selepas dua tahun tidak dapat beraya akibat pandemik Covid-19.

"Kita jangka tahun ini lebih 1.4 juta kenderaan akan masuk ke Kedah berbanding dua tahun lepas iaitu sekitar 500,000 kenderaan. Ini kerana sudah dua tahun kita tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya, jadi apabila sudah dibenarkan tahun ini memang akan ramai yang masuk ke negeri ini.

"Kita juga sudah menubuhkan pasukan khas yang akan mengawal dan memantau kesalahan lalu lintas terutamanya di daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim dan Kubang Pasu yang lebih sibuk dan mempunyai kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding daerah lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau telah melancarkan Program Jelajah Pra Op Selamat 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Petronas di Petronas Anak Bukit, dekat sini sempena sambutan Aidilfitri.

Mohd Mahiri berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas di Kedah, lebih 400 anggota bahagian trafik akan bertugas menjaga dan mengawal lalu lintas sepanjang Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

"Polis juga akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap samseng jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan menjalankan aktiviti merempit.

"Lokasi mat rempit ini kita sudah kenal pasti antaranya di Alor Setar, Pokok Sena, Gurun dan Sungai Petani. Jadi, polis ingat menasihati penunggang motosikal terutamanya golongan muda supaya sentiasa mematuhi peraturan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga diminta untuk memantau keberadaan anak-anak mereka terutamanya golongan remaja yang suka keluar pada waktu malam kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... edah-aidilfitri-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni polis perlis bagi amaran kpd remaja dgn lumba basikal dan ni polis kedah pun warn jugak pasal remajz suka keluar mlm. Bagussss.. Sepatutnya mcm tu lah, ni tidak, bila jadi masalah nk blame org lain pulak padahal kat situ dah sah2 ada masalah sosial di situ.

Hrp masyarakat kita tidak rasa normal benda yg x sepatutnya, moga punca kpd gejala sosial dpt baiki, risau dgn makin runtuhnya nilai2 akhlak dlm masyarakat.
Byk lagi yg menyumbang kpd gejala tidak sihat dlm masyarakat tapi ni salah 1 drpnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaruk betoi nk beraya, 2 taon tak beraya tak mampus pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070479 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list