CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

[Dunia] Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar

[Copy link]
Post time 24-4-2022 09:19 PM | Show all posts |Read mode

Suspek mengambil mangsa di rumahnya dan menipu bahawa dia boleh membantu gadis itu mendapatkan pekerjaan. – Shutterstock

Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar

BANGKOK – Seorang pemandu teksi di Bangkok ditahan kerana merakam aksi dirinya memperkosa seorang gadis dari Myanmar, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mangsa sebelum itu dikatakan sedang mencari pekerjaan di Bangkok dan meminta ibu saudaranya membuat hantaran di Facebook untuk  membantunya mendapatkan kerja.

Suspek, Adirek Sae Bae, 39, dilaporkan meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan memberitahu bahawa dia boleh menawarkan pekerjaan kepada mangsa.

Pada 1 April lepas, suspek mengambil mangsa di rumahnya dan membawa gadis itu ke sebuah motel lalu  memperkosanya.

Mangsa diminta untuk menunggu di dalam sebuah bilik untuk melakukan ‘ujian saringan Covid-19’ sebelum suspek kembali dan menggari tangannya, merogol dan merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya.

Menurut polis, suspek turut mencuri telefon bimbit milik mangsa dan merompak wang tunai sebanyak 500 baht (RM63.62) sebelum membawanya ke balai polis Klong Tan.

Sejurus tiba di balai polis, suspek memberitahu polis bahawa mangsa merupakan pendatang tanpa izin  yang tidak mempunyai pasport dan berlalu pergi. Mangsa bagaimanapun memberitahu polis perkara sebenar yang berlaku ketika disosial siasat dengan bantuan penterjemah.

Polis kemudian berjaya menahan suspek. Dia berdepan dengan dakwaan  merampas kebebasan seseorang berusia di bawah 18 tahun, kelucahan, rogol, penahanan haram, mencuri dan  memiliki pornografi kanak-kanak.  

Polis juga tidak akan mendakwa mangsa bagi kesalahan memasuki Thailand secara haram kerana dia merupakan mangsa kegiatan jenayah.

Gadis berkenaan akan menerima bantuan kaunseling  sebelum dihantar pulang ke Myanmar. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kosa-gadis-myanmar/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list