CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Video muzil kelepok raya: UPDATE #26, SKMM akan panggil individu terlibat klip video raya Aliff Syukri. #40, #42 & #43, Aliff Syukri mohon maaf, rayu jangan libatkan ahli keluarganya dan ibu

[Copy link]
Post time 26-4-2022 04:17 PM | Show all posts
Siput_Sawah replied at 26-4-2022 10:31 AM
scene baring2 beramai ramai tu sgt menepati tema hari Raya apabila adik beradik ipar duai sepupu s ...

feeling britney spears la tu..kohkohkoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2022 04:17 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 26-4-2022 08:19 AM

[VIDEO] Aliff Syukri mohon maaf, jangan libatkan keluarga

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -libatkan-keluarga/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
26 April 2022, 3:19 pm
  



Aliff Syukri ketika ditemui pemberita selepas selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat MCMC di sini hari ini

CYBERJAYA – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua penonton yang tersinggung dengan video muziknya sebelum ini dan memohon agar tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut.

Aliff Syukri, 35, berkata, dia telah memberikan kerjasama yang baik yang kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan siasatan juga sedang dilakukan oleh suruhanjaya tersebut berhubung kes itu.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada MCMC kerana memberi layanan yang baik kepada saya dan saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu dan video saya sebelum ini.

“Namun saya mohon jangan lah libatkan keluarga saya dan ibu saya dalam kontroversi ini, lebih-lebih lagi dia (ibu) kini sedang menunaikan ibadah umrah,” katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat MCMC di sini hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri dilihat tiba ke pekarangan ibu pejabat MCMC pada pukul 9.58 pagi dan keluar hampir lima jam kemudian selepas dipanggil untuk memberikan keterangan dan dirakamkan percakapan berhubung isu video muzik yang sebelum ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam juga memaklumkan bahawa MCMC akan memanggil individu yang terlibat dengan klip video muzik sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat baru-baru ini.

Ujar beliau, SKMM telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video muzik berdurasi 5 minit 23 saat yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini dikecam hebat pengguna laman media sosial apabila memaparkan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis dengan menggayakan pakaian yang disifatkan sebagai tidak menghormati bulan suci Ramadan.– KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2022 04:34 PM | Show all posts
Aliff Syukri mohon maaf, rayu jangan libatkan ahli keluarganya dan ibu

https://www.utusan.com.my/nasion ... eluarganya-dan-ibu/

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
26 April 2022, 3:41 pm


ALIFF Syukri ketika hadir memberi keterangan di SKMM, Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum ini.

Untuk itu beliau memohon agar tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi berkenaan.

Aliff Syukri berkata, dia memberikan kerjasama yang baik yang kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan siasatan juga sedang dilakukan oleh suruhanjaya tersebut berhubung kes itu.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada SKMM kerana memberi layanan yang baik kepada saya dan saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu dan video saya sebelum ini.

“Namun saya mohon janganlah libatkan keluarga saya dan ibu saya dalam kontroversi ini, lebih-lebih lagi dia (ibu) kini sedang menunaikan ibadah umrah,” katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat SKMM di sini hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri dilihat tiba ke pekarangan ibu pejabat SKMM pada pukul 9.58 pagi dan keluar hampir lima jam kemudian selepas dipanggil untuk memberikan keterangan dan dirakamkan percakapan berhubung isu video muzik yang sebelum ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam juga memaklumkan bahawa SKMM akan memanggil individu yang terlibat dengan klip video muzik sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat baru-baru ini.

Jelas beliau, SKMM telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video muzik berdurasi 5 minit 23 saat yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini dikecam hebat pengguna laman media sosial apabila memaparkan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis dengan menggayakan pakaian yang disifatkan sebagai tidak menghormati bulan suci Ramadan. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulang2x la prangai yg sama sampai mamposssss..buat then mintak maaf... Ulang2x...
Ramai giler report skmm... Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:27 PM | Show all posts
Kurex replied at 26-4-2022 02:14 PM
Ramai je ostad gay. Habis je kelas agama, terus jumpa boyfriend. Pak imam habis je solat, terus pe ...

titik kat dahi tu mmg semulajadi ke atau dititikkan
kaka jd curious dgn geng2 dahi bertitik ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:31 PM | Show all posts
Tambah Aliff, dia juga turut berterima kasih atas perhatian yang diberikan semua pihak kepadanya dan berharap permohonan maafnya dapat diterima.

"Terima kasih atas perhatian anda semua dan saya mengharapkan kebaikan dan permohonan maaf saya ini diterima," katanya sayu.
kan dah kata dia ni sejenis AS

lps ni entah apa lg dia nk buat utk org bg perhatian kat dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bini bini sekali kena
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape je yg x pernah panggil die nih... JKM. PERHILITAN. KKM. PEJABAT AGAMA. SKRG SKMM. tinggal malaikat maut ja tak panggil die lagi... Stupiddd foreverr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-4-2022 02:14 PM
Ramai je ostad gay. Habis je kelas agama, terus jumpa boyfriend. Pak imam habis je solat, terus pe ...

Iols pun harap ustad sekolah iols tu dah bertaubat
Geletis ya dgn students jambu heols
Pantang tercuit sikit


Boleh ke insaf mslhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 26-4-2022 05:27 PM
titik kat dahi tu mmg semulajadi ke atau dititikkan
kaka jd curious dgn geng2 dahi bertitik ni
...

Tu sebab sujud tak betul. Kalau masa nak sujud pergi hentak dahi dekat lantai memang la berbekas. Lepas tu pergi tekan dahi tu, bukannya nampak kuat sembahyang, tapi dah mcm kena jentik dekat dahi bertalu2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 26-4-2022 06:06 PM
Iols pun harap ustad sekolah iols tu dah bertaubat
Geletis ya dgn students jambu heols
Pantang ter ...

Susah nak insof. baru nak insof, tetiba dtg student jambu. Terus tak jadi insof.
Dah banyak kali kenal ostad2 kaki zina & kaki semburit ni. Ostajah tuduh labuh bela anak ikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makbul doa mak dia kat mekah. Kan sejak kat malaysia dia dok kutuk anak dia walau hanya sekadar content. Padan muka. Satu family attention seeker.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pihak berkuasa tak tahan sekali ya influencer yg ngaku sebagai lelaki lembut tapi selalu wat parodi berpakaian wanita?
Setakat lembut tp masih pakai mcm lelaki ok lagi nih asik nak pakai cam pompuan je.
Bukan sorang tapi ramai, kalau sebut nama sorang2 rasanya ramai je kenal sbb dorang mmg pemes pun penah masuk tv bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.096231 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list