CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

Pengalaman jadi azimat Syafiq ke Hanoi

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Atlet terjun kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh. - Foto ihsan Astro Arena

KUALA LUMPUR: Pengalaman ditimba atlet terjun kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh dalam tiga temasya Sukan SEA lalu bakal menjadi azimat berguna untuknya memburu kilauan pingat pada edisi ke-31 di Vietnam, bulan depan.

Syafiq yang pernah meraih emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai Pui Yee di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan perak di Sukan SEA Filipina 2019 (3m papan anjal individu) berkata, dia akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kilauan emas berada dalam genggamannya di Hanoi nanti.

"Peluang untuk emas itu... saya akan cuba yang terbaik dan menggunakan semua pengalaman saya sebelum ini. Tentunya saya akan memberikan yang terbaik untuk kali ini," katanya yang bakal membuat penampilan keempat berturut-turut di Sukan SEA Vietnam selepas kali pertama di Singapura 2015.

Skuad terjun Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam acara terjun sejak di Myanmar 2013 yang menyaksikan pasukan muncul juara keseluruhan pada ketika itu dengan lapan emas, tiga perak dan satu gangsa. Indonesia berada di tangga kedua dengan dua perak dan empat gangsa manakala Singapura meraih masing-masing dua perak dan gangsa.


Momentum itu dibawa ke Singapura 2015 apabila sekali lagi skuad terjun muncul juara keseluruhan dengan lapan emas dan tiga perak, mengatasi tuan rumah yang memperoleh tiga perak dan empat gangsa.

Indonesia berada di tangga ketiga dengan dua perak dan satu gangsa manakala Thailand meraih dua gangsa untuk berada di tangga keempat dan Vietnam pula meraih satu gangsa.

Di Kuala Lumpur 2017, skuad negara mempertahankan gelaran juara keseluruhan dengan 12 emas, empat perak dan satu gangsa manakala Singapura berada di tangga kedua, satu emas, enam perak dan lima gangsa.

Indonesia berada di tangga ketiga dengan satu perak dan tiga gangsa manakala Thailand meraih dua gangsa untuk berada di tangga keempat. Vietnam meraih dua gangsa untuk berada di tangga keempat keseluruhan.

Kejayaan itu sekali lagi dapat dipertahankan di Filipina 2019 apabila pasukan terjun negara meraih empat emas dan dua perak. Singapura berada di tangga kedua dengan satu perak dan dua gangsa manakala Thailand, masing-masing satu perak dan gangsa. Vietnam berada di tangga keempat dengan satu gangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mat-syafiq-ke-hanoi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.961716 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list