CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 14

[Tempatan] Ahli parlimen PKR, Maria Chin, dipenjara 7 hari kerana menghina mahkamah. #4, Hina Mahkamah Syariah. #7, Dipenjara tujuh hari serta-merta.....nasib baik tak beraya dalam penjara

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-4-2022 04:50 AM

Maria Chin dipenjara 7 hari kerana menghina mahkamah

https://www.malaysiakini.com/news/619173

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Apr 25, 2022 12:09 PM⋅
Dikemaskini: 12:15 PM



Pengerusi kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berjaya dalam usahanya untuk mengaitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah sebagai menghina mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli parlimen PKR itu berhubung kenyataan awamnya pada 2019 berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap bekas isteri ahli perniagaan itu, Emilia Hanafi.

Bagaimanapun, Maria Chin, 66, tidak hadir di mahkamah kerana sebelum ini disahkan positif Covid-19.

Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Keputusan itu mencetuskan kritikan Maria yang berkata wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 12:40 PM | Show all posts
the red sofa... gituuhhh.... bukti berzina terang2 tapi xde seko pun lobai lobainita nak kecam.... kalo bab konsert justin bieber laju aje.... pelik2 ummah meleis sunni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:41 PM | Show all posts
somehow, mahkamah syariah x ada hukuman untuk suami yg berzina ngn perempuan lain ke ??? kalau perempuan takat menjadualkan semula masa lawatan anak2 terus kena penjara, how about suami dah beristeri berzina dgan perempuan lain ??? puiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2022 12:42 PM | Show all posts
Hina keputusan Mahkamah Syariah, Maria Chin dijel 7 hari

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -chin-dijel-7-hari/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
25 April 2022, 12:22 pm


MARIA CHIN

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini berikutan tindakannya menghina dengan mengkritik keputusan Mahkamah Syariah dalam kes membabitkan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak dan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan. Dalam prosiding hari ini Maria tidak hadir ke mahkamah.

Dalam penghakimanya, hakim Syarie itu berkata tindakan Maria menerbitkan artikel berhubung isu itu telah mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mencemarkan Institusi Mahkamah Syariah.

“Mahkamah berpuas hati, kenyataan yang dibuat responden (Maria) jelas adalah satu penghinaan selain terdapat komen yang tidak adil sehingga kenyataan itu dikongsi (share) kali. Kenyataan itu juga menjurus  masyarakat melahirkan rasa tidak percaya pada Mahkamah Syariah,” kata hakim Syarie itu

Sebelum ini, Maria diperintah untuk mengemukakan tunjuk sebab kenapa beliau tidak perlu dikenakan tindakan kerana mengkritik keputusan Mahkamah Syariah dalam kes membabitkan Nasimuddin dan bekas isterinya

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Mohd. Amran Mat Zain, Othman Ibrahim dan Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Maria untuk mendapatkan lanjutan masa bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Syariah di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia Hanafi kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka (Faisal).

Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Hukuman dijatuhkan terhadap Emilia itu menyebabkan Maria pada 5 September 2019 mengeluarkan kenyataan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia, yang disiarkan sebuah portal.

Pasangan berkenaan bercerai pada 2016 dan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka, Fawwaz, Faiz dan Farhan diberikan sepenuhnya pada Emilia.

Pada 9 September 2019, SM Faisal mengemukakan permohonan komital (menghina mahkamah) terhadap Maria dan permohonan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 Oktober 2019. – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:46 PM | Show all posts
apa hak dia ini mencampuri urusan Islam...kalau ada sekolah agama tak apa lah juga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:48 PM | Show all posts
Orix replied at 25-4-2022 12:41 PM
somehow, mahkamah syariah x ada hukuman untuk suami yg berzina ngn perempuan lain ke ??? kalau perem ...

kahwin cerai kentot itu shj kau tau...kalau jadikan cerita kes zina kahwin cerai kentot tabur sana sini lagi banyak bukan Islam cuma org tak nak sebok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2022 12:48 PM | Show all posts
Hina Mahkamah Syariah: Maria Chin dipenjara tujuh hari serta-merta

https://www.utusan.com.my/nasion ... h-hari-serta-merta/

Oleh SUWARNI MOKHTAR
25 April 2022, 12:36 pm



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menjatuhi hukuman penjara kepada Maria Chin Abdullah selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.

Hakim Mohamed Faouzi Mokhtar menjatuhi hukuman tersebut selepas mendapati Ahli Parlimen Petaling Jaya itu telah menghina mahkamah berkait dengan kes membabitkan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emelia Hanafi.

“Mahkamah dengan ini mensabitkan perbuatan menghina mahkamah oleh responden melalui artikel yang diterbitkan pada 5 September 2018.

“Mahkamah juga menolak notis tunjuk sebab yang dikemukakan oleh responden (Maria). Oleh itu mahkamah memerintahkan Maria Chin Abdullah dihukum penjara tujuh hari berkuat kuasa hari ini,” kata hakim itu.

Terdahulu, Hakim Mohamed Faouzi ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan tajuk yang digunakan oleh Maria dalam artikel tersebut sendiri telah menghina mahkamah dan memberikan tanggapan buruk terhadap institusi mahkamah syariah di mata awam.

“Responden juga telah menggunakan fakta yang salah, tidak berkaitan dalam penulisannya.

“Tindakan responden jelas merendahkan, memperlekehkan, memfitnah dan menghina Mahkamah Syariah.

“Responden sebagai Ahli Dewan Rakyat juga tidak wajar untuk memfitnah dan menghina mahkamah yang sedang menjalankan tanggungjawabnya,” kata hakim tersebut.

Pada 9 September 2019, SM Faisal mengemukakan permohonan komital (menghina mahkamah) terhadap Maria dan permohonan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 Oktober 2019.

SM Faisal mengemukakan permohonan itu selepas wanita itu mengeluarkan kenyataan mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka.

Emilia kemudian dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Kenyataan Maria yang menyatakan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia telah disiarkan di sebuah portal pada tahun sama.

Pasangan berkenaan bercerai pada 2016 dan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka, Fawwaz, Faiz dan Farhan diberikan sepenuhnya pada Emilia. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:56 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-4-2022 12:48 PM
kahwin cerai kentot itu shj kau tau...kalau jadikan cerita kes zina kahwin cerai kentot tabur sana ...

apa benda kau merepek ni setann ? mmg red sofa tu zina dgan bukan Islam pun. so ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 12:58 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-4-2022 12:46 PM
apa hak dia ini mencampuri urusan Islam...kalau ada sekolah agama tak apa lah juga..

Islam lah sangat kau ni hahahahaha baik jd kapir jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:20 PM | Show all posts
Boleh ka mahkamah syariah hukum orang bukan islam?

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:24 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-4-2022 01:20 PM
Boleh ka mahkamah syariah hukum orang bukan islam?

Bukan dia islam ke? Maria Chin Abdullah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:25 PM | Show all posts
Masalahnya adakah hukuman tu betul2 sepadan dgn perkara yg dikatakan kesalahan tu. Just kritik masuk penjara 7 hari huh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:26 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 25-4-2022 03:24 PM
Bukan dia islam ke? Maria Chin Abdullah

Oops... apsal dalam kepala aku tadi baca Marina Chin

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:29 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-4-2022 12:46 PM
apa hak dia ini mencampuri urusan Islam...kalau ada sekolah agama tak apa lah juga..

Apa hak ko menafikan hak bekas isteri tu? Ko yg islam pun x berani berkata benar/ berlaku adil ...lagi mau sembang sesuci lebaran?

Pigidah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:51 PM | Show all posts
Pompuan-Itu replied at 25-4-2022 03:29 PM
Apa hak ko menafikan hak bekas isteri tu? Ko yg islam pun x berani berkata benar/ berlaku adil ... ...

apa hak kau kapir mencampuri hukum hakam Islam ...sekolah agama pun tiada...apa lah...30 linggit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.303260 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list