View: 1037|Reply: 11
|
Ibu Dan Nenek Durjana, Budak 4 Tahun Mati Dipaksa Habiskan Sebotol Arak
[Copy link]
|
|
BATON ROUGE, LOUISIANA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut selepas dipaksa meminum sebotol arak jenis whisky ketika dihukum oleh neneknya, lapor akhbar Daily Star.
Polis bergegas ke sebuah kediaman di bandar Baton Rouge, negeri Louisiana sekitar pukul 11 malam, (waktu tempatan) Khamis lalu selepas menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menemui China Record, 4, yang sudah meninggal dunia akibat keracunan alkohol.
Foto: Daily Star
Kandungan alkohol dalam darah mangsa diukur mencapai tahap 0.68 peratus, lapan kali ganda melebihi kadar ditetapkan undang-undang AS iaitu pada tahap 0.08 peratus untuk orang dewasa yang memandu.
Adik-beradik China memberitahu polis bahawa mangsa telah terjumpa sebotol arak jenis yang mengandungi 40 peratus kandungan alkohol lalu meminumnya seteguk.
Apabila neneknya, Roxanne Record, 53, mengetahui perkara tersebut, suspek mengarahkan mangsa berlutut di lantai dan menghabiskan minuman itu.
Ibu China, Kadjah Record, 29, dilaporkan hanya berdiri dan menyaksikan kejadian, demikian menurut laporan polis.
Apabila China mengalami sakit teruk, Roxanne dan Kadjah meletakkan mangsa di dalam bilik mandi di mana dia kemudiannya ditemui meninggal dunia. Mereka tidak mendapatkan rawatan untuk China sehingga mangsa didapati berhenti bernafas, kata laporan tersebut.
Roxanne mengaku bersalah dan memberitahu polis bahawa dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian China. Dua wanita berkenaan ditahan keesokan harinya dan didakwa atas kesalahan membunuh. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah. Seksa budak tu masa sakaratul maut dalam toilet tu |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh, hukum gantung nenek ngn mak dia yg mangkuk sampai mati
budak2 mana tahu apa, dia nampak botol minuman dia rasa la...mana tahu arak |
|
|
|
|
|
|
|
nk hukum bdk tu buat apa..dh korg menogak air tu depan dia, dia teringin la nak cuba...vodo |
|
|
|
|
|
|
|
speechless aku |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk saja akak dah hagak mesti nigga. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk saja akak dah hagak mesti nigga. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu iras Piyah oren. Al fatihah anak syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat berita dari negara timur rupa rupanya dari amarika....PPRT betul |
|
|
|
|
|
|
|
Budak Tu mana tau apa.sendiri cuai letak Arak merata. Moga mak n nenek dia dihukum kerusi letrik |
|
|
|
|
|
|
|
ethanol menjadikan seseorang itu bertukar menjadi bangsa etis |
|
|
|
|
|
|
| |
|