CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 7

[Dunia] Tiga beradik kembar bercinta, mahu kahwin lelaki sama

[Copy link]
Post time 26-4-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode

Stevo percaya bahawa dia dilahirkan untuk berpoligami kerana bercinta dengan tiga wanita serentak. – Oddity Central

Tiga beradik kembar bercinta, mahu kahwin lelaki sama

NAIROBI, KENYA –  Tiga beradik kembar seiras di Kenya menjadi perhatian ramai selepas mengaku bercinta dengan lelaki yang sama, malah ketiga-tiga mereka merancang untuk mengahwini jejaka tersebut, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Cate, Eve dan Mary atau dikenali sebagai ‘Komrad Kembar Tiga’ bercinta dengan Bigman Stevo selepas  ‘melamar’ lelaki itu untuk keluar bertemu janji dengan ketiga-tiga mereka.

Cate adalah yang pertama melihat Stevo  dan memberitahu kepada adik-beradik kembarnya tentang lelaki itu.

“Saya pernah melihat Stevo di YouTube dan pada suatu hari, saya memberitahu Mary mengenainya. Dia mengaku menyukai Stevo dan ketika saya menunjukkan wajah Stevo kepada Eve pula, dia juga meminati lelaki itu,” kata Cate.

Pasangan kembar tiga itu kemudian jatuh cinta kepada Stevo selepas mereka keluar temu janji dan mengenalinya.

Mereka  mengakui tidak pernah berasa cemburu kerana telah menyusun jadual bagi memastikan masing-masing mempunyai masa yang sama banyak untuk diluangkan  bersama Stevo.

“Kami menyusun jadual supaya Stevo boleh keluar dengan kami pada hari Isnin, Selasa dan Rabu serta pada hari Jumaat kami keluar berempat.

“Syaratnya adalah dia perlu mencintai kami dengan sama rata dan melakukan yang terbaik untuk menyayangi kami dengan saksama,” kata kembar tersebut.

Sementara itu, Stevo berkata, dia menganggap dirinya menjalani hubungan poligami apabila bercinta dengan tiga wanita serentak.

“Saya percaya bahawa cinta saya bukan hanya milik seorang wanita. Saya dilahirkan untuk berpoligami dan semua orang mengetahuinya.

“Saya sentiasa jujur dan setia. Bekas-bekas kekasih meninggalkan saya kerana saya memberitahu mereka bahawa saya ingin menambah teman wanita baharu,” katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kahwin-lelaki-sama/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, buruknya lipstick korang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa ambik 3.. sedangkan benda yang sama? Macam wak jahid ambik velfire hitam 3 biji.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 26-4-2022 08:10 PM
Buat apa ambik 3.. sedangkan benda yang sama? Macam wak jahid ambik velfire hitam 3 biji.

Hahahah ini lawak. Nak bg anak bini kot.

X penat ke ko stevo nak melayan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
One lucky man, at least for the time being
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:34 PM | Show all posts

Tiga Beradik Kembar Kongsi Teman Lelaki Yang Sama- Bergilir Nak Jumpa, Siap Ada Jadual Dating

Nairobi: Tiga beradik kembar di Kenya ini memilih untuk berkongsi teman lelaki yang sama.


Mereka mendakwa perkongsian itu bukan satu masalah yang besar.


Media tempatan melaporkan Cate, Eve dan Mary, yang menjalinkan hubungan dengan Bigman Stevo.




Foto: Agensi




Kisah pelik tiga beradik ini kemudiannya menjadi tajuk berita utama, sejak beberapa minggu lalu.


Antara tiga beradik ini, Cate menjadi orang yang pertama bertemu Stevo sebelum berkongsi kisah percintaan itu dengan dua lagi adiknya.


Dua lagi kembarnya itu kemudian mendekati Stevo dan menawarkan diri sebagai teman wanita dan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa minggu lalu.


Bagi mengelak konflik, mereka membuat jadual khas supaya percintaan itu terjalin dengan harmoni.


"Saya menontonnya (Stevo) di YouTube sebelum menceritakan kepada Mary.


"Saya memang meminatinya dan selepas menunjukkan kepada Eve, dia turut menaruh perasaan sama," kata Cate.


Walaupun mengakui Stevo kacak, namun rasa cinta terhadap lelaki itu disebabkan beberapa sebab berbeza.


Kembar itu juga memaklumkan mereka tidak cemburu sesama sendiri dan menyediakan jadual untuk memastikan masa bersama teman lelaki dapat diluangkan dengan adil.


"Kami merancang dan menetapkan jadual setiap hari dan menjadikan Jumaat sebagai hari kami bertiga menghabiskan masa bersamanya.


"Stevo perlu mencintai kami dengan adil dan dia mencuba sebaik mungkin memenuhi syarat itu," katanya.


Stevo seorang ahli perniagaan dan pencipta kandungan memaklumkan tiada masalah untuk bercinta dengan tiga wanita berbeza pada satu masa.


"Saya percaya cinta ini bukan terhad untuk seorang wanita saja dan saya dilahirkan untuk berpoligami," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari jumaat semua berkumpul.ya
Bagus2..
Tak pening ke laki tu nak hadap perangai gf2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:43 PM | Show all posts
... akhirnya semua nak kahwin dengan lelaki tu kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.530396 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list