CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Dunia] Israel buka semula lintasan di Gaza selepas kerugian ekonomi

[Copy link]
Post time 26-4-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-4-2022 07:29 AM

Israel buka semula lintasan di Gaza selepas kerugian ekonomi[size=14.399999618530273px]BERNAMA




Wanita Palestin membawa anaknya dan meninggalkan Beit Hanun di Semenanjung Gaza untuk ke Israel melalui lintasan Erez. - FOTO AFP



Gaza: Israel pada Selasa memutuskan untuk membuka semula lintasan Erez di utara Semenanjung Gaza selepas mengalami kerugian ekonomi di kawasan pinggir pantai itu.

"Selepas membuat penilaian keselamatan, Israel memutuskan untuk membenarkan semula kemasukan pekerja dan pedagang dari Gaza ke Israel melalui Erez mulai Selasa," lapor Xinhua memetik kenyataan Mejar Jeneral Ghassan Alyan, penyelaras Aktiviti Kerajaan di wilayah Palestin.

"Keputusan membuka semula lintasan itu kepada golongan pedagang dan pekerja, serta langkah-langkah awam lain adalah bersyarat demi mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan," menurut kenyataan itu.

Israel menutup lintasan Erez pada Ahad selepas penyerang tidak dikenali melancarkan beberapa roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.
Kejadian berlaku dipercayai akibat ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis Timur dan kempen penangkapan di Tebing Barat ketika Ramadan.

Pegawai Palestin memeriksa dokumen pekerja yang menanti untuk memasuki Israel melalui lintasan Erez selepas ia dibuka semula hari ini. - FOTO AFP


Pakar ekonomi Gaza berkata membenarkan kemasukan di lintasan itu akan mengurangkan kemerosotan ekonomi selama lebih 15 tahun akibat sekatan Israel.

Kira-kira 12,000 pekerja dan pedagang Palestin menyeberangi Semenanjung Gaza ke Israel setiap hari, menjana pendapatan sebanyak lima juta Shekel Israel (AS$1.52 juta).

Pendapatan itu yang sepatutnya masuk ke Gaza melalui pekerja bakal mengurangkan krisis ekonomi, dan sosial penduduk Palestin.

Disiarkan pada: April 26, 2022 @ 10:34am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045202 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list