View: 455|Reply: 0
|
Tak terdaya sekat Australia
[Copy link]
|
|
AKSI Malaysia menentang Australia hari ini. FOTO MHC
Kuala Lumpur: Skuad hoki negara mengalami kekalahan ketiga pada siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia, kali ini tewas 0-5 pada perlawanan di Stadium Hoki Perth, hari ini.
Australia membuka tirai jaringan minit ke-11 selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jeremy Hayward.
Berselang dua minit kemudian, Jake Harvie yang berada di sebelah kanan pintu gol negara, segera menyambut bola hantaran rakan sepasukannya dan menolak masuk untuk Australia terus berada di hadapan 2-0.
Bersambung separuh masa kedua, Hayward menjaringkan gol peribadi keduanya dalam perlawanan itu menerusi flik terus yang dilakukan selepas Australia sekali lagi dihadiahkan pukulan sudut penalti minit ke-37.
Malaysia hampir memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-41 selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti namun percubaan Malaysian Tigers untuk mencari gol disekat oleh barisan pertahanan dan penjaga gol Austalia.
Minit ke-42, Australia yang terus menekan pintu gol negara dihadiahkan pukulan sudut penalti dan Hayward meledak gol hatrik hasil satu flik terus di bahagian bawah tengah pintu gol negara sekali gus menewaskan Adrian Andy Albert.
Australia menjaringkan gol kelima pada minit ke-55 selepas Jake Whetton yang berada di sebelah kanan pintu gol negara melakukan satu pukulan di sudut atas sebelah kiri.
Perlawanan hari ini turut menyaksikan pemain negara, Muhajir Abdu Rauf meraih penampilan antarabangsa pertamanya bersama skuad senior negara.
Sebelum ini skuad negara tewas 0-3 dalam perlawanan pertama dan 0-7 pada perlawanan kedua.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aya-sekat-australia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|