CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya tak mampu buat apa-apa bila anak mengadu sakit'

[Copy link]
Post time 27-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 27-4-2022 12:37 PM





Balik Pulau: "Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu memujuk anak supaya kembali tidur setiap kali dia menangis mengadu sakit," kata Noraini Aziz, 39, selepas anaknya menghidap ketumbuhan di leher sejak berusia tiga tahun.
Ibu tunggal itu berkata, pada awalnya ketumbuhan di leher kiri Nurul Safika Abdullah, 9, hanya sebesar guli dan bidan kampung hanya memberitahu bengkak itu disebabkan angin dalam tubuh.

Menurutnya, bagaimanapun bengkak itu kian membesar ketika Nurul Safika berusia lima tahun sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Balik Pulau dan Hospital Pulau Pinang hampir setiap minggu untuk mendapatkan rawatan.
"Setiap enam jam saya akan memberi Safika minum ubat melalui saluran tiub mengikut nasihat doktor," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Ibu kepada empat anak berusia lima hingga 14 tahun itu berkata, Nurul Safika boleh menguruskan diri seperti berjalan tanpa dipapah, mandi, menukar pakaian dan menyuap makanan sendiri.

"Tapi Safika tidak boleh terlalu lasak dan doktor mengingatkan bahawa dia berisiko mengalami kelumpuhan jika tidak dijaga dengan rapi.
"Anak saya juga tiada masalah menelan makanan. Tetapi ada makanan seperti pisang, kekacang dan sesetengah makanan laut yang jika dimakan akan menyebabkan gatal-gatal dan timbul kesan tompok merah," katanya.

Noraini yang mengalami masalah pendengaran berkata, dia tidak bekerja dan bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan selain dibantu pelbagai pihak seperti wakil rakyat dan individu persendirian.
"Saya pernah menjadi mangsa penipuan apabila semua wang dalam akaun bank lesap sekelip mata pada 7 Julai tahun lalu.
"Saya terima panggilan meminta gambar bahagian hadapan dan belakang kad ATM selain nombor kod pengesahan transaksi (TAC). Panggilan itu sebenarnya anak sulung saya yang jawab dan perkara itu berlaku begitu pantas.


"Bagaimanapun saya bersyukur ramai sudi bantu dan saya tidak terasa berseorangan menghadapi masalah ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Idzham Ahmad berkata, Nurul Safika sudah menjalani pembedahan pada Februari lalu namun bengkak yang sedikit surut kembali membesar dan dia dijadual menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Jun ini.
"Safika perlu dirujuk kepada pelbagai doktor pakar seperti pakar otak, telinga, mata dan salur darah. Selepas MRI nanti, baru doktor menetapkan bila pembedahan kali kedua boleh dilakukan.

"Punca ketumbuhan tidak diketahui dan ia tidak pula mengeluarkan air bisa atau nanah. Pihak MPKK sentiasa prihatin dengan keluarga ini dan membuat lawatan dari semasa ke semasa untuk melihat bantuan apa yang boleh dihulurkan," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-mengadu-sakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.617325 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list