View: 429|Reply: 0
|
Episod hitam andai gagal raih 31 emas
[Copy link]
|
|
Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang berlangsung bermula 12 hingga 23 Mei ini. - NSTP/Genes Gulitah
KONTINJEN Malaysia akan mengalami 'episod hitam' sekiranya gagal menepati sasaran 31 pingat emas yang ditetapkan pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang berlangsung bermula 12 hingga 23 Mei ini.
Dengan sasaran yang boleh dianggap 'jalan selamat' itu, atlet negara perlu memastikan kutipan emas di Hanoi tidak boleh kurang daripada jumlah yang ditetapkan kerana jika itu berlaku ia akan menjadi pencapaian terburuk Malaysia sejak edisi 1995 di Chiangmai, Thailand.
Di Chiangmai, kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan apabila mengutip 31 emas, 49 perak dan 69 gangsa.
Justeru, dengan penyertaan seramai 589 atlet negara pada temasya kali ini, tiada alasan buat kontinjen Malaysia untuk tidak sekurang-kurangnya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sasaran 31 emas itu boleh dianggap kecil berbanding jumlah atlet negara yang akan bertanding di Hanoi sekali gus menimbulkan persoalan adakah berbaloi dengan kos yang dibelanjakan bagi menghantar kontinjen ke sana?
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menanggung kos bagi penyertaan atlet dan pegawai kategori A dilaporkan membayar sebanyak AS$50 (RM217.48) seorang bagi kos penginapan manakala lebih kurang RM1,500 untuk tiket penerbangan pergi balik setiap seorang.
Pada temasya kali ini, seramai 220 atlet disenaraikan di bawah kategori A manakala pegawai terdiri daripada 99 orang.
Bagaimanapun, mengikut data termasuklah yang berasaskan prestasi atlet negara lain dan sukan yang dipertandingkan di Hanoi, kontinjen Malaysia diramal hanya mampu membawa pulang maksimum 41 pingat emas.
Jumlah itu adalah lebih 10 berbanding 31 emas yang disasarkan. Namun, kontinjen negara juga berdepan kemungkinan gagal mencapai sasaran.
Paling buruk, Malaysia akan sekadar membawa pulang 26 emas, kurang lima daripada jumlah yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, kontinjen negara akan dibarisi 864 orang terdiri daripada 589 orang atlet (364 orang lelaki, 225 orang wanita) dan 275 orang pegawai (222 orang lelaki dan 53 orang wanita) bagi memburu 31 emas yang ditetapkan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -gagal-raih-31-emas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|