|
Setiap kali musim perayaan, perkara yang orang ramai tidak suka dengar adalah peningkatan kes nahas jalan raya yang melibatkan kenderaan yang mahu pulang ke kampung.
kredit foto: Facebook/Twitter
Tambahan pula, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) kerap merekodkan banyak kes kemalangan jalan raya maut, laluan yang menghubungkan Jabor-Kuala Terengganu dengan jarak 184km selalu dianggap sebagai jalan yang merbahaya.
Petikan dari Odisi, seorang pengguna Facebook iaitu Mat Yoe telah memberikan pandangan dan nasihat kepada mereka yang ingin menggunakan LPT2 untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
kredit foto: Facebook
Difahamkan, Mat Yoe berkata kalau jalan lebuh raya LPT2 dibasahi dengan hujan, pemandu diingatkan supaya tidak memandu laju kerana boleh mengundang perkara tak diingini.
Mat Yoe juga beritahu bahawa jalan LPT2 mempunyai jalan beralun, lopak air, angin lintang dan haiwan merayau, ianya amat bahaya bagi pemandu yang kurang berpengalaman, beliau meminta supaya memandu secara berhemat dan ingat orang yang tersayang. -CARI |
|