CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 9

Wanita Berbaju Hitam Selamba Curi Daging Di Pasar

[Copy link]
Post time 28-4-2022 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita sedang mencuri daging ketika peniaga sibuk melayan pelanggan lain di sebuah pasar, lapor laman berita Suara.com.










Kredit foto: IG @terangmedia




Video dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di akaun Instagram bernama @terangmedia. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pasar Pemenang Pare, Kendiri, Jawa Timur.


Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa peniaga sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggan lain dengan memotong daging sambil berbual.


Seorang wanita berpakaian serba hitam dilihat berdiri di belakang mereka ketika menunggu giliran untuk dilayan.




  



Kemudian, wanita itu melihat keadaan sekeliling dengan menoleh ke kiri dan kanan sebelum membongkok di tempat dia berdiri.


Tanpa disangka, wanita itu seterusnya dilihat mengambil satu plastik hitam berisi daging seberat lima kilogram lalu meninggalkan pasar itu.


Disebabkan harga daging yang melonjak menjelang musim perayaan, video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyang dpt mkn bakso 5kg
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:14 AM | Show all posts
kesian dia- tak berduitlah tu - halalkan je.

Menteri yg berduit tak mcuri- tapi ambil je satu gunung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:23 AM | Show all posts
susah agaknya sampai mencuri..lepas pulak tu ek licik

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:12 AM | Show all posts
harga daging mahal pak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:14 AM | Show all posts
kalau di Malaysia para netizen akan berdebat... sebelah pihak akan mengatakan.. "dah takde duit tu makan la benda lain" .. sebelah pihak lagi akan kata "menteri rasuah.. rakyat susah"... pihak ketiga pulak akan kata "faraid tak adil untuk kami orang perempuan... aduhai... rindu mak ayah di kampung"...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 09:20 AM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 28-4-2022 09:14 AM
kalau di Malaysia para netizen akan berdebat... sebelah pihak akan mengatakan.. "dah takde duit tu m ...

Tak lupa juga di socmed terutama TikTok : Tolong saya cari siapa akak itu, saya nak bantu.. Maka si penderma akan berwefie dengan si penerima dan viral..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:37 AM | Show all posts
elzy replied at 28-4-2022 09:20 AM
Tak lupa juga di socmed terutama TikTok : Tolong saya cari siapa akak itu, saya nak bantu.. Maka s ...

kira ok la tu ezy... daripada dia tanya "bapak kau keje apa?? bapak kau tak keje?? mak kau??? kalau ada rantai emas pergi gadai.."

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 12:46 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 28-4-2022 09:37 AM
kira ok la tu ezy... daripada dia tanya "bapak kau keje apa?? bapak kau tak keje?? mak kau??? kala ...

Hahaha kannn,, tak boleh brain..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:22 PM | Show all posts
Harga daging di sana lebih mahal dari Malaysia wpun depa jadi tukang export lembu to MY..  itu pun ramai dok menyalak kununn susah ke hulu ke hilir .. complaint ataih bawah mahal.. macam mampos jaa tak makan daging..

Dah tahu miskin kaa duit tak banyak kaa.. tapi dok hadap nak telan daging.. bila tak dapat, mula lahh KERAjaan zalim ke hulu ke hilir..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054955 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list