CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 7

[Tempatan] Elak hutang selepas raya

[Copy link]
Post time 28-4-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Elak hutang selepas raya

https://www.kosmo.com.my/2022/04/28/elak-hutang-selepas-raya/

Oleh AZIMI MUSTAPHA
28 April 2022, 8:50 am



TIDAK sampai seminggu lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika era endemik.

Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga tercinta ketika negara berperang dengan pandemik Covid-19, sudah pasti raya pada kali ini membawa makna tersendiri kerana dapat bertemu mata dengan keluarga di kampung, terutamanya ayah dan bonda.

Ramai yang sudah berkira-kira untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan hati berbunga-bunga.

Bagi kebanyakan mereka, kesesakan luar biasa yang dijangka berlaku tidak menjadi persoalan utama, asalkan dapat balik kampung.

Perasaan girang ini ditambah pula permohonan untuk pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan dan dapatlah mereka menggunakannya serba sedikit untuk perbelanjaan menyambut lebaran.

Cuma, gunakanlah wang tersebut dengan berhemah agar kita tidak menyesal berada dalam ‘kesempitan’ selepas raya nanti.

Apa yang pasti, kemeriahan Syawal tahun ini adalah luar biasa selepas dua tahun tidak dapat pulang ke kampung ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bahang kemeriahan itu sudah boleh dirasai kini apabila ribuan umat Islam menyerbu bazar Aidilfitri dan pusat beli-belah, terutamanya dalam masa seminggu sebelum lebaran, seolah-olah melepaskan dendam kesumat selepas sudah lama tidak dapat berbuat demikian.

Jalan masuk ke tempat-tempat tersebut turut mengalami kesesakan luar biasa dari pagi hingga malam hari semata-mata ingin mendapatkan keperluan raya seperti pakaian, langsir, perabot dan sebagainya.

Dalam keghairahan kita menyambut Syawal dengan berbelanja sakan seolah-olah tiada lagi hari esok bagi meraikan hari istimewa itu, jangan pula membuat pembelian ‘melampau’ sehingga dibelenggu dengan bebanan hutang.

Seboleh-bolehnya elakkan berhutang kerana apa yang lebih penting, kita perlu fikirkan keperluan mendesak pada masa depan.

Ambillah iktibar sewaktu negara dilanda pandemik dua tahun lalu yang menyebabkan ramai terkesan termasuk kehilangan mata pencarian selepas diberhentikan kerja.

Justeru, janganlah kerana dapat pulang beraya bersama keluarga selepas dua tahun, kita terlupa apa yang telah dilalui sebelum ini dengan membalas dendam berbelanja sakan menurut kata hati.

Perlu diingat juga, Hari Raya Aidilfitri hanyalah sehari dua dan selepas itu kita kembali kepada kehidupan normal.

Dalam hal ini, berbelanjalah ikut kemampuan dan berhemah kerana tidak berbaloi untuk menanggung bebanan hutang dalam tempoh lama selepas hari raya.

Kita selalunya lupa bahawa pada sambutan Aidilfitri, paling penting adalah menyambung silaturahim dengan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan dan bukannya bermegah dengan apa yang dibeli, kononnya untuk menjaga imej diri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen kayo… bantuan… bantuan.. moratorium raya sampai lebammmmm!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:41 PM | Show all posts
Agak terlambat nasihat diberikan ramai je rasanya dah berhabis untuk raya kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:14 PM | Show all posts
manusia nak menyambut raya macam dah takde hari esok
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:01 PM | Show all posts
takpa laa hutang pun... nanti menyalak lagi subsidi ke hulu ke hilir sambil2 KERAjaan zalim ke sana ke sini..

Senang hidop puak2 bangang ni... duit tak banyak tapi ada hati nak belanja sakan... bila sundri GAGAL merancang, tuding jari ke orang lain... batu api terutama ahlul2 politaik serta macai2 pun sokong puak2 ni.. kununnn KERAjaan zalimm.... padahal depa laa yang zalim terhadap diri sundri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:21 PM | Show all posts
bila duk rasa 10k tu banyak sangat
tu belanja serupa sakai laut
hidup untuk raya je ke ape tah mentaliti mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang spend 16k untuk raya.. Terkejut aii.. Agaknya 10k saje untuk gelang emas...

Pelik orang Melayu ni.. Memangla 2 tahun tak raya.. Cina 2 tahun tak raya pun relax je c3lebrate CNY.. Tak ada melampau seperti sesetengau orang Melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:06 PM | Show all posts
nantikan golongan2 sama akan meroyan lepas raya minta bantuan
yihhhhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.503775 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list