|
ZII Jia akan menentang pemain Indonesia esok.
Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas mengalahkan wakil China, Sun Fei Xiang sebentar tadi.
Zii Jia yang juga pilihan ketiga bergelut di set pertama, sebelum mencatat kemenangan 19-21, 21-14, 21-14 dalam tempoh 59 minit.
Hasil kemenangan itu, Zii Jia akan berdepan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito esok selepas berjaya menumpaskan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 21-14, 20-22, 19-21.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Ng Tze Yong apabila tumbang di tangan pemain pilihan ketujuh dari India, Kidambi Srikanth dengan keputusan 20-22, 15-21.
Turut mara perseorangan wanita, S Kisona yang mengalahkan pemain Hong Kong, Yeung Sum Yee 21-10, 22-20.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain perseorangan wanita, Tan Zhing Yi tersingkir selepas kalah kepada pemain Taiwan, Wen Chi Hsu 7-21, 10-21. Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang juga pilihan ketujuh turut mara selepas mengalahkan wakil India, Simran Singhi-Ritika Thaker 21-15, 21-11. Bagaimanapun, Low Yee Yuan-Valeree Siow tumpas kepada Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 19-21, 13-21.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zii-jia-kisona-mara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|