CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 1

Terpaksa Berlakon Suami Isteri, Dua Wanita Trauma Jaga Kedai Lepas Didatangi Lelaki 'Creepy'

[Copy link]
Post time 28-4-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Manna




Siapa yang tidak trauma apabila sedang sibuk kerja tiba-tiba ada individu yang tidak dikenali datang dengan  berkelakuan pelik sehingga mengancam keselamatan kita.


Itulah yang terjadi kepada wanita yang dikenali oleh Manna yang telah memuatnaik peristiwa cemas itu menerusi akaun Tiktoknya. Melihat detik cemas yang berlaku kepada wanita ini pun boleh membuatkan kita berasa takut dan tidak selamat, apatah lagi wanita yang mengalami situasi itu sendiri.





Menerusi perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki memasuki ke kedai vape yang sedang dijaga oleh wanita itu. Namun itu tidak seperti pelanggan yang lain kerana dia berkelakuan aneh memandang mereka semacam. Ketika itu, Manna dan adiknya mula berasa takut.


Sumber: Tiktok Manna







Kemudian lelaki itu duduk di atas sofa dan bertanya mengenai anaknya. Ketika itu, Manna sangat bimbang jika lelaki itu akan masuk ke kaunter dan menyentuh mereka.  


Ketika itu, adiknya mula berkasar dengan lelaki psiko itu dan berharap tindakannya mampu menghalau lelaki itu keluar. Namun tidak berjaya. Maka Manna menggunakan kaedah psikologi dengan 'melayan' lelaki itu walaupun dia begitu takut.





Menerusi video kedua, Manna masih menyamar menjadi isteri lelaki itu untuk memujuk lelaki tersebut keluar. Akhirnya lelaki itu keluar dari premis tersebut dan mereka berdua terus bertindak menghubungi polis.


Walaupun lelaki itu telah keluar dari premis itu, kelakuannya menjadi semakin aneh apabila dia telah mengelilingi kereta adik Manna sebelum memasuki premis itu kembali. Tetapi mujurlah ada pelanggan masuk dan terus menghalau lelaki tersebut keluar.





Menerusi video ketiga, Manna menunjukkan rakaman CCTV di mana lelaki itu bersembunyi di dalam semak sambil mengintai selepas dihalau oleh pelanggan Manna.


Beberapa minit selepas lelaki itu dihalau, akhirnya polis sampai dan lelaki itu terus menghilangkan diri.


Menurut Manna, pada hari itu pekerja lelaki di kedainya sedang bercuti. Hal ini telah membuatkan Manna dan adiknya sangat trauma untuk menjadi kedai tanpa kehadiran pekerja lelaki mereka. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2022 12:15 PM | Show all posts
pernah kena masa tu kat jalan kampung..ada budak lelaki ni datang dgn motor kat tepi tingkap keta i..sengih2. bila i bawak slow, dia pun slow, bila i bawak laju dia pun laju. dia jalan seiring betul2 tepi tingkap i.

punya la nervous time tu..sib baik jumpa petrol sts...i stop situ jap..dia masih tunggu. lepas 30 minit acamtu dia blah

jantung masa tu dup dap dup dap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 1.011252 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list