CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 10

Peguam Gesa Serap Semula Bekas Askar Dipecat Kerana Tolak Vaksin

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Memandangkan kerajaan telah menarik balik “hukuman” mereka terhadap mereka yang enggan menerima vaksin Covid-19 dengan membenarkan akses sama rata dan juga membayar balik bantuan khas yang dihentikan, sarjan tentera yang dipecat dan kehilangan pencennya mesti diserap semula, kata peguamnya.


Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 mulai 1 Mei, termasuk memansuhkan semua sekatan terhadap mereka yang tidak menerima vaksin.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut membatalkan pekelilingnya yang menahan bantuan khas Covid-19 kepada penjawat awam yang tidak menerima vaksin.




Wan Ramli Wan Seman dihadapkan ke mahkamah tentera dan didapati bersalah atas tuduhan ingkar arahan pada 10 Julai tahun lepas. Beliau kemudiannya dipecat.




Suzana Norlihan berkata, anak guamnya, Wan Ramli Wan Seman diberhentikan secara tidak terhormat tahun lepas kerana menolak vaksin dan kehilangan pencennya selepas 20 tahun berkhidmat tanpa sebarang kes tatatertib terhadapnya.


“Beliau sepatutnya bersara dengan pencen penuh Januari depan selepas 22 tahun berkhidmat kepada negara. Kini, beliau tiada apa-apa,” katanya kepada FMT.


“Beliau terpaksa mengusahakan sebuah gerai kecil untuk menyara isteri dan dua anaknya yang bersekolah. Ribuan penjawat awam yang menolak vaksin masih berkhidmat, menikmati semua faedah.


“Dengan kelonggaran syarat ke atas mereka yang tidak menerima vaksin, iaitu semua orang mendapat layanan sama rata, angkatan tentera harus menyerap (Wan Ramli) semula, membayar tunggakan gaji dan juga pencen selepas beliau bersara. Jika tidak, kita lihat wujud dua set peraturan.”


Suzana berkata, beliau diberitahu ada kes membabitkan individu lain yang menolak vaksin terpaksa menamatkan perkhidmatan atau bersara awal.


“Semua kes ini kini mesti disemak dan diberi pampasan sewajarnya,” katanya.


Terdapat juga laporan bahawa segelintir pekerja sektor swasta diminta berhenti atau tidak disahkan dalam jawatan kerana enggan menerima vaksin.


Suzana berkata, Wan Ramli tidak menolak untuk berkhidmat di medan perang atau mengabaikan tugasnya mahupun berkelakuan buruk, yang menjadi antara sebab askar diberhentikan secara tidak terhormat.


Wabak adalah sesuatu yang baharu dan perlu ditangani secara berbeza, tambahnya.


Beliau juga berkata, perjalanan rentas negeri turut dibenarkan bagi mereka yang tidak menerima vaksin apabila Malaysia mula memasuki fasa endemik pada 1 April.


Wan Ramli dihadapkan ke mahkamah tentera dan didapati bersalah atas tuduhan ingkar arahan pada 10 Julai tahun lepas. Beliau kemudiannya dipecat.


Beliau telah memfailkan saman terhadap kerajaan, meminta deklarasi mahkamah bahawa pemberhentian awalnya terbatal dan tidak sah. Beliau dijadualkan bersara pada 20 Jan tahun depan.




Sumber: FMT



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 01:49 PM | Show all posts
macam susah je nak menang sebab tentera ni kan takleh ingkar arahan n kejadian berlaku wayyyy before limitation kepada unvaccinated person lifted...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:53 PM | Show all posts
Eloklah panggil semula lagi pun mereka tu semua terlatih nak ambik yang baru makan masa pulak untuk dilatih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
so..canna la...gomen nk 'selesaikan masalah ni'....sementaralah....'semua dah dilayan sama rata skrng ni'???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:27 PM | Show all posts
Dalam tentera, yg lebih penting adalah kesetiaan, mendengar dan menerima arahan berbanding dah berapa tahun berkhidmat atau kemahiran yg ada. Bayangkan dlm peperangan, bila ketua arahkan serang!!! tp org bawahan ni dok sibuk mempersoalkan arahan tu, kenapa tak berundur dulu...

Tentera ni juga penjawat awam tp mereka tak sama seperti penjawat2 awam yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 28-4-2022 07:27 AM
Dalam tentera, yg lebih penting adalah kesetiaan, mendengar dan menerima arahan berbanding dah berap ...

Akak lebih suka jika muntri2 lahanat tanahair yang ada kes jenayah, kes mahkamah itu dilucutkan juga jawatan. Mana boleh penjawat awam seperti mereka masih berkuasa pegang jawatan jika ada kes polis/jenayah/mahkamah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 03:38 PM | Show all posts
sekelip mata hilang segalanyaa. tp masyuk gak ek gaji askar ni kannn
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:45 PM | Show all posts
keluarga ME-LE-SHA!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 04:07 PM | Show all posts
hadap jugak keje gomen kan, cer ko keje swasta taknak vaksin kene buang no hal punye
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-4-2022 03:31 PM
Akak lebih suka jika muntri2 lahanat tanahair yang ada kes jenayah, kes mahkamah itu dilucutkan ju ...

Hahaha! Yg ni paling win
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 28-4-2022 06:25 PM
dua_chzy replied at 28-4-2022 03:31 PM
Akak lebih suka jika muntri2 lahanat tanahair yang ada kes jenayah, kes mahkamah itu dilucutkan ju ...


dgn 'kuasa ada kt tgn...' tu yg pyh nk buang depa...pasai tu  la depa berebut KUASA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055685 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list