View: 989|Reply: 6
|
"Rindu Tidak Berpenghujung" - Sebak Hanya Mampu Bergambar Raya Dengan Potret Isteri
[Copy link]
|
|
Lebih dua tahun tidak dapat menyambut Syawal bersama keluarga, tahun ini pasti semua umat Islam mahu menyambut hari raya dengan meriah dan dipenuhi gelak tawa bersama ahli keluarga.
Namun, tidak semua orang bertuah kerana terlalu ramai yang kehilangan orang tersayang akibat pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, satu video dimuat naik seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fitrin Ruslee. Menerusi perkongsian itu, dia menunjukkan salah seorang pelanggan yang datang ke studio pengambaran untuk mengambil gambar raya tanpa isterinya.
Menurut Fitrin, lelaki itu dan isterinya merupakan bekas pelanggan Fitrin dulu. Setiap tahun mereka akan membuat photoshoot raya di studio Fitrin, namun hajat arwah untuk bergambar bersama ahli keluarga pada tahun ini tidak kesampaian kerana isterinya meninggal dunia akibat COVID-19 dan juga kanser.
Pada ketika itu, suasana di studio Fitrin diselumbungi oleh perasaan sebak. Ahli keluarga isterinya juga memenuhi kehendak arwah yang ingin melakukan sesi bergambar bersama keluarga dengan tema berwarna kuning.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meluahkan perasaan yang sama apabila mereka kehilangan orang ya tersayang akibat COVID-19.
Melihat ruangan komen, ramai mendoakan agar arwah isteri lelaki itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Im crying... ???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih..baca komen2 org kehilangan sbb covid lg btmbah sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah aku pun meninggal disbbkn Covid hujung thn lps. ni first time nk beraya tanpa dia. harap2 aku n famili tabah la pagi raya nanti. dah la mmg 2 thn x dpt blk kg beraya, bila dah dpt balik thn ni, dia dah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
bygkan anak2 kecil yg hilang ibu/bapa sebab covid..lagi2 bila arwah si bapa adalah sole breeder dan tak berkemampuan...ntah beraya ke tak tahun ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaa.......vvideo dgn lagu tu sayu betul....
bca komen yang dia raya berdua jek dgn anak dia ..4 org ahli keluarga meninggal sbb covid...lagi sedih... |
|
|
|
|
|
|
|
iols sedih kalau mak bapak meninggal tinggalkan anak kecik2. masa mak ayah masih hidup pakaian masing3 elok je, cerah je warna. lepas mak bapak meninggal duduk dgn sedara..nampak berbeza cara pakaian masing2. muka pun sayu je tengok |
|
|
|
|
|
|
| |
|