CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Dunia] China lapor kes pertama selesema burung jangkiti manusia

[Copy link]
Post time 29-4-2022 05:45 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. Pihak berkuasa China menegaskan, risiko penularan virus H3N8 dalam kalangan manusia adalah rendah. VCG/Getty


China lapor kes pertama selesema burung jangkiti manusia

BEIJING – China melaporkan jangkitan pertama selesema burung terhadap manusia ketika pandemik Covid-19 masih belum berakhir, lapor laman berita Wion News semalam.

Pihak berkuasa China menegaskan bahawa risiko penularan virus H3N8 dalam kalangan manusia adalah rendah dan menolak kemungkinan jangkitan itu membawa kepada wabak berskala besar.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dari wilayah Henan telah dijangkiti virus H3N8 awal April lalu selepas mengalami demam dan gejala berkaitan.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital selepas keadaannya menjadi semakin teruk, jelas laporan itu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menegaskan bahawa tiada penduduk lain yang telah dijangkiti. Pihak berkuasa juga melakukan  ujian saringan terhadap mereka yang bersentuhan dengan pesakit virus H3N8 dikesan.

Pesakit dilaporkan bersentuhan dengan ayam dan burung gagak di rumahnya. Pihak berkuasa kesihatan China telah meminta pegawai-pegawai di Henan untuk berwaspada dan melaksanakan  langkah kawalan dan pencegahan.

Virus H3N8 lebih awal dikesan pada haiwan termasuk anjing laut, kuda, burung dan anjing tetapi kes tersebut adalah yang pertama dikesan pada manusia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... g-jangkiti-manusia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.300457 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list