CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Dunia] Pesohor Youtube hempas pesawat demi ‘rating’

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar menaparkan senario ketika Trevor Jacob keluar dari pesawatnya sebelum ia terhempas di pegunungan Hutan Negara Los Padres, California. - YouTube


Pesohor Youtube hempas pesawat demi ‘rating’

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang pesohor laman perkongsian video YouTube tular selepas lesen juruterbangnya dibatalkan baru-baru ini kerana sengaja menghempas pesawatnya untuk meraih lebih banyak tontonan, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Pada November tahun lalu, Trevor Jacob yang merupakan bekas pemain papan salji Olimpik, sengaja menghempas pesawat ringannya di Hutan Negara Los Padres, California.

Rakaman kamera menangkap detik ketika kipas pesawatnya berhenti berputar termasuk aksi lelaki itu melompat keluar dan menggunakan payung terjun untuk menyelamatkan nyawanya.

Tiga minggu kemudian, rakaman itu dimuat naik dalam akaun YouTubenya dengan tajuk ‘I Crashed My Plane’ dan akhirnya tular dengan lebih dua juta tontonan.

Jacob kemudian berdepan pertuduhan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kerana sengaja menghempas pesawatnya demi kandungan di YouTube.

“Pada 24 November 2021, anda menunjukkan sikap tidak peduli, kurang pertimbangan dan tidak bertanggungjawab apabila melompat keluar daripada pesawat semata-mata untuk merakam nahas itu,’’ tulis FAA dalam sepucuk surat kepada Jacob dengan mengemukakan bukti pertuduhan.

Siasatan FAA mendapati Jacob bertindak menyelamatkan diri tanpa cuba menghidupkan semula enjin sebaik sahaja kipas pesawat berhenti berpusing dan tidak menghubungi menara kawalan untuk melaporkan masalah yang dialaminya.

Pasukan penyiasat mendapati juruterbang amatur itu boleh meluncurkan pesawatnya ke salah satu kawasan di mana dia boleh mendarat dengan selamat.

FAA mendedahkan Jacob telah memasang berbilang kamera di luar pesawat sebelum berlepas dan mendapatkannya kembali lalu melupuskan bangkai pesawat itu. Jacob melompat keluar dari pesawat sambil memegang kayu swafoto dan terus merakam pesawatnya terhempas.

Fakta bahawa Jacob memakai payung terjun ketika menerbangkan pesawat itu turut dianggap sebagai bukti nahas tersebut dirancang.

Walaupun mendakwa sentiasa memakai payung terjun semasa menerbangkan pesawat, pesohor Youtube itu pernah berkongsi video dirinya terbang tanpa memakai payung terjun. – Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.388623 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list