CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1138|Reply: 3

[Tempatan] Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

[Copy link]
Post time 4-5-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah


WAN Zaidah (kiri) menunjukkan kepingan duit syiling yang timbul di permukaan tanah di perkarangan kediamannya kepada Razali (kanan). FOTO BAHAROM BAKAR.

Jertih: Penemuan kepingan duit syiling di permukaan tanah di sekitar kediaman rumah Azhar Nor, 56 yang mengidap penyakit misteri hingga memaksanya tinggal di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) sejak setahun lalu, menimbulkan tanda tanya.

Isterinya, Wan Zaidah Wan Bakar, 53, mendakwa kepingan duit syiling bernilai antara lima sen dan 20 sen 'timbul' di permukaan tanah kediaman mereka.

"Kira-kira 50 hingga 100 keping ditemukan sejak bermulanya Ramadan.

"Malah penyakit Cikgu Har (Azhar) semakin serius apabila tidak boleh memakai baju sejak awal Ramadan lagi," katanya yang tinggal di Kampung Jerebu, Pasang Bual, Hulu Besut di sini.

Tambahnya, tiada makanan dan juadah disediakannya sempena Aidilfitri Isnin lalu sebaliknya hanya membeli biskut, kuih dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamu.

Sementara itu, Azhar berkata dia terkilan kerana sudah dua kali tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan hanya mendengar takbir raya menggunakan set fon kepala (headphone).

"Saya terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri seorang diri di atas MPV.

"Isteri juga tidak dapat bersama penduduk kampung menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid kerana terpaksa menjaga saya," katanya.

Di tanya mengapa tidak memakai baju baharu sempena sambutan Aidilfitri, Azhar berkata, tubuhnya akan bertukar menjadi panas luar biasa apabila memakai baju.

Azhar turut mengakui dirinya akan tenang apabila berada di atas MPV walaupun beberapa kali mencuba naik ke atas rumah, termasuk pada malam sambutan Aidilfitri.

Terdahulu, Azhar dan Wan Zaidah di santuni Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman.

Azhar yang juga seorang guru menghidap penyakit misteri sehingga menyebabkannya berubah sikap menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka, sejak hampir setahun lalu.

sUMBER:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -di-permukaan-tanah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mastika is back
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba pindah dah duduk tempat lain.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058959 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list