View: 914|Reply: 3
|
[Dunia]
Fosil 66 juta tahun, rupanya...
[Copy link]
|
|
Fosil 66 juta tahun, rupanya...
SALAH satu fosil berkenaan ditemukan di luar puasat beli belah berkenaan. FOTO Agensi
Bangkok: Lebih 70 cengkerang yang ditemui 'tertanam' di laluan pejalan kaki di luar sebuah pusat beli-belah Thailand disahkan sebagai fosil berusia lebih 66 juta tahun.
Penemuan itu pada mulanya ditemui seorang pelanggan pusat beli-belah Siam Square yang melihat fosil berbentuk siput berukuran sehingga 12 sentimeter.
Pengarah bahagian perlindungan fosil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Preecha Saithong berkata, pihaknya menyiasat dan menemui 77 fosil ammonit yang hidup pada 66 juta tahun lalu.
Katanya, ammonit ialah hidupan laut yang dipercayai mati 66 juta tahun lalu.
"Amonit adalah nyata.
"Fosil itu berbeza daripada fosil yang biasa ditemui di Thailand," katanya.
Media tempatan melaporkan, laluan pejalan kaki itu dibaiki dua tahun lalu dan cengkerang berkenaan mungkin dimasukkan di dalam konkrit sebagai hiasan oleh subkontraktor.
Moluska yang tinggal di lautan fosil yang hidup pada Zaman Jurasik dan Zaman Batu Kapur dijual sebagai cenderahati di beberapa destinasi pelancongan popular termasuk Madagascar dan Maghribi.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global ... -juta-tahun-rupanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Comma kat tajuk thread ni salah tempat
Dah bawa maksud lain dr contents news article. |
|
|
|
|
|
|
|
wow ....siap buat hiasan lagi tu dan ditanam dalam konkrit , aduhai .... the natural history Museum staff members South Ken boleh geleng kepale.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk seolah2 fosil tu fake.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|