CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Tempatan] Jangan pandang rendah risiko kemalangan di jalan bandaran

[Copy link]
Post time 4-5-2022 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Jangan pandang rendah risiko kemalangan di jalan bandaran


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Persepsi pengguna jalan raya yang memandang rendah terhadap risiko berlakunya kemalangan di jalan bandaran dilihat antara faktor menyumbang jumlah kes kemalangan tinggi di jalan berkenaan terutama dalam kalangan pengguna motosikal.

Pengerusi Lembaga Pengarah Global Alliance Of Road Safety, Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata, perkara itu boleh dilihat menerusi jumlah direkodkan di jalan bandaran yang mencatatkan kes kemalangan tertinggi dalam Op Selamat 18.

"Jika melihat kepada trend pergerakan kenderaan di dalam bandar, ramai pengguna yang mengambil kesempatan menggunakan motosikal sebagai alternatif untuk mengelakkan kesesakan.

"Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang beranggapan bahawa risiko kemalangan di jalan bandaran adalah rendah kerana mengetahui selok-belok laluan berkenaan.

"Namun, harus diingat bahawa di mana sahaja lokasi, akan wujud risiko kemalangan termasuk di lokasi yang kita arif mengenai selok-beloknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kulanthayan berkata, wujud satu lagi situasi yang membimbangkan membabitkan golongan kanak-kanak atau remaja bawah umur yang dibenarkan menunggang motosikal ketika berada di kampung halaman.

"Apabila berada di kampung, mungkin ada kanak-kanak atau remaja yang bosan dan mahu menaiki motosikal bersama rakan atau saudara untuk beraya.

"Apa yang kita bimbangkan adalah jika mereka dibenarkan oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang lain untuk menaiki motosikal dan ia dibawa dengan kelajuan yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

"Tambah membimbangkan adalah motosikal berkenaan dinaiki melebihi dua orang kerana beranggapan tindakan itu tidak berbahaya kerana mereka hanya menaiki motosikal itu di dalam kawasan kampung," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai tahap keselamatan semasa menaiki motosikal walau di mana lokasi kita berada.

"Pada masa yang sama, ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tiada kanak-kanak atau remaja bawah umur dibenarkan menunggang motosikal walaupun dalam jarak yang dekat.

"Tindakan ini penting bagi mengelakkan risiko kemalangan terutamanya kemalangan maut di jalan bandaran serta membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja bawah umur.

"Selain itu, semua pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mengurangkan kelajuan kenderaan masing-masing serta mematuhi peraturan jalan raya termasuk menggunakan tali pinggang kereta bagi penumpang di bahagian belakang," katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri, kelmarin, dengan 19 kes membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain dipetik berkata, enam lagi kematian membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

Menurutnya, angka kematian direkodkan kelmarin adalah yang tertinggi sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April lalu yang merekodkan 76 kematian sehingga kelmarin.

Katanya, sebanyak 6,932 kemalangan dicatatkan pada Op Selamat 18 dengan jalan bandaran merekodkan kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 2,925 kes, jalan persekutuan (1,401), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan lain-lain jalan (568).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-di-jalan-bandaran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list