CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 1

[Dunia] Korea Utara kerah pekerja bantu usaha tangani kemarau

[Copy link]
Post time 5-5-2022 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2022 09:51 AM

Korea Utara kerah pekerja bantu usaha tangani kemarau[size=14.399999618530273px][size=0.8]Mei 4, 2022 @ 7:03am




Gambar hiasan - FOTO REUTERS



SEOUL: Kakitangan pejabat dan pekerja kilang di Korea Utara dikerahkan ke kawasan pertanian di seluruh negara itu bagi membantu usaha menangani kemelut akibat kemarau.

Menurut laporan media, hari ini, tindakan itu diambil ketika kebimbangan timbul akan masalah kekurangan bekalan makanan yang berpanjangan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mahu langkah diambil bagi memperbaiki situasi bekalan makanan yang semakin meruncing disebabkan pandemik COVID-19 dan taufan, walaupun berlaku sedikit peningkatan pada awal tahun lalu.

Kemarau dan banjir telah sekian lama menjadi ancaman bermusim kepada Korea Utara, tambahan pula dengan masalah kekurangan sistem irigasi serta infrastruktur lain.

Malah, sebarang bencana semula jadi yang serius juga berupaya melumpuhkan ekonomi tertutupnya yang sudah terumbang-ambing akibat sekatan antarabangsa dan perdagangan yang hampir terhenti.

Akhbar di Korea Utara, Rodong Sinmun, melaporkan kakitangan kerajaan dan syarikat serta pekerja kilang berganding bahu dengan petani di seluruh negara untuk mengagihkan peralatan mengepam dan membangunkan sumber air di wilayah yang terdedah kepada kemarau.

Laporan itu tidak memperincikan sebarang kemusnahan, setakat ini, namun menyatakan usaha terbabit bertujuan menangani masalah kemarau kini dan juga sebagai persediaan menghadapi kemelut sama pada masa depan.

"Usaha sistematik dan agresif sedang giat dijalankan bagi mempertingkat kesedaran awam dan menggerakkan semua keupayaan sedia ada sebagai langkah lebih awal untuk menghalang kerosakan tanaman akibat kemarau," menurut laporan akhbar itu.

Semalam, pihak berkuasa cuaca Korea Utara memberi amaran bahawa kemarau dijangka berterusan di seluruh negara hingga awal minggu depan, lapor agensi berita KCNA.

Minggu lalu, menurut agensi cuaca, purata suhu bagi April ialah 2.3 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa, dengan hanya 44 peratus daripada purata hujan di seluruh negara.

Di Anju dan Kaechon yang terletak di utara Pyongyang, orang ramai membina kolam, menambah baja pada tanaman, serta menggunakan traktor, trak dan peralatan lain untuk membawa air kepada petani, lapor Rodong.

Unit buruh muda dikenali sebagai 'dolgyeokdae' atau briged belia yang lazimnya digerakkan dalam projek infrastruktur utama, bertindak membina laluan air di bandar pelabuhan Hamhung, baru-baru ini, sebagai sebahagian usaha untuk memoden serta memperkembangkan kemudahan pengairan. - REUTERS







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 07:40 AM | Show all posts
hmm , belanja kewangan untuk bangunkan teknologi persenjataan nuklear ade duit pulak, sektor strategik dan penting macam makanan negara tak pulak diberikan penekanan. pelik sungguh negara ni, ala al goryeo time 2000 BC.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list