CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 10

[Dunia] Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditangguhkan

[Copy link]
Post time 6-5-2022 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditangguhkan
    Oleh Meja Sukan
    6 Mei 2022, 6:31 pm

BEIJING: Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, September ini telah ditangguhkan, kata penganjur hari ini, ketika China sedang menghadapi kebangkitan semula kes Covid-19.

Tiada alasan diberikan untuk penangguhan itu tetapi China sedang bekerja keras untuk menghapuskan wabak tersebut.

“Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September 2022 akan ditangguhkan,” kata satu kenyataan di laman web rasmi temasya.

Tarikh baharu untuk pertandingan sukan itu ‘akan diumumkan kemudian’, tambah kenyataan tersebut.

Hangzhou terletak berhampiran bandar terbesar di negara itu, Shanghai yang berdepan penutupan selama berminggu-minggu sebagai sebahagian daripada pendekatan toleransi sifar pemerintah terhadap Covid-19.

Penganjur dalam satu kenyataan bulan lalu berkata, Hangzhou, bandar raya di timur China yang mempunyai 12 juta penduduk telah selesai membina kira-kira 56 venue pertandingan untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia.

Pada masa itu, mereka menyatakan bahawa mereka merancang untuk mengadakan acara di bawah pelan kawalan virus yang ‘belajar daripada pengalaman berjaya’ Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, yang diadakan dalam ‘gelembung selamat’, Februari lalu. – AGENSI

sumber: utusan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 07:58 PM | Show all posts
oh my god. Okay.

right now my focus is HAnoi 2022? 2021

i nak tengok sukan sukan kecundang kat Tokyo 2021 tu....improve ke tak....

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:56 AM | Show all posts
Edited by hayrin86 at 8-5-2022 04:14 PM

Sukan Asia pertama pada awal 1950-an dahulu asalnya diadakan pada 1950 tapi ditangguhkan setahun.. Rasanya kali ini adalah kali kedua Sukan Asia ditangguhkan dalam sejarah temasya berkenaan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 04:32 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 7-5-2022 08:56 AM
Sukan Asia pertama pada lewat 1950-an dahulu asalnya diadakan pada 1958 tapi ditangguhkan setahun..  ...

i see...

Hanoi ...12th may ni ....tapi tanpa pocket rocketman lah kan sebab beliau ade heart surgery...tak pe , i nak nak tengok pelapis depa pulak

right now nak tengok pelapis pelapis acara sukan yg ade tak keberhasilan utama depa...KPI, yg mana kecundang di tokyo tu.
ade tak pelapis...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 05:12 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 7-5-2022 04:32 PM
i see...

Hanoi ...12th may ni ....tapi tanpa pocket rocketman lah kan sebab beliau ade heart surge ...

Nyaris-nyaris bercanggah dengan Hari Ibu tapi bercanggah dengan Hari Guru ada la.. Sukan SEA ke-32 tahun depan katanya bercanggah dengan tarikh Hari Ibu dan Hari Guru (sekali lagi)..

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:33 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 7-5-2022 05:12 PM
Nyaris-nyaris bercanggah dengan Hari Ibu tapi bercanggah dengan Hari Guru ada la.. Sukan SEA ke-32 ...

hari guru 16th May kan


anyways, bola sepak kita ni , isk i expect more lah dari jurulatih bawah 23 kita ni ...adoilaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 09:36 PM | Show all posts
Aku pernah confuse Hangzhou dengan Guangzhou. I thought they were just variations in romanized spelling.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:58 PM | Show all posts
yay,kite punya football teamMAS under 23 menang

THailand 1 - Malaysia 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 09:58 PM | Show all posts
Tak ade thread ke untuk Sea Games  2022?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:27 AM | Show all posts

Ya.. Sepatutnya hari-hari pun hari guru, takyah sambut pun tak apa..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 03:27 PM | Show all posts
Penangguhan Sukan Asia ganggu atlet
    Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
    8 Mei 2022, 12:20 pm


PERSIAPAN atlet negara dijang­ka terganggu apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) mengesahkan Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 10 hingga 25 September depan ditangguh.

Keputusan itu dibuat selepas badan induk sukan Asia itu mengambil kira penularan baharu wabak Covid-19 di China berada di tahap membimbangkan selain mampu memberi kesan terhadap kelancaran temasya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya risau dengan pe­nangguhan itu kerana pelbagai program latihan sudah dirancang Majlis Sukan Negara (MSN) sepanjang tahun ini.

“Kita sudah menerima ke­nyataan media daripada OCA tetapi kita masih menunggu hitam putih daripada mereka untuk mengesahkan benda (penangguhan Sukan Asia) itu. Bagaimanapun, kita sudah tahu ia ditangguh.

“Memandangkan kita sudah bersedia untuk temasya sukan sepanjang tahun ini, jadi agak risau dengan penangguhan Sukan Asia kerana ia akan mengganggu program yang dilaksanakan MSN,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu, namun beliau menjelaskan, badan induk sukan negara akan menyusun semula perancangan sebaik mendapat tarikh sebenar penangguhan.

“Kita tunggu keputusan rasmi dihantar kepada setiap ahli gabungan kerana kita nak tahu sampai bilakah temasya ini akan ditangguh. Adakah sehingga 2023 atau bagaimana.

“Memandangkan sekarang ini kita terlibat dengan Sukan SEA dan kemudian Sukan Komanwel, kita akan susun semula perancangan berhubung perkara ini. Selepas dapat keputusan daripada mereka, kita akan buat kenyataan nanti,” ujar Mohamad Norza.

Selain Sukan Asia, Sukan Remaja Asia yang sepatutnya berlangsung di Shantou, Disember depan mungkin akan dibatalkan terus kerana pernah ditangguhkan sekali sebelum ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.587898 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list