CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 4

[Tempatan] Adakah anda tercalon? 45,973 pemandu bakal naik mahkamah lepas raya

[Copy link]
Post time 8-5-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Sebanyak 4.7 juta kenderaan direkodkan melepasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di seluruh negara sehingga semalam.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui laman Facebook rasminya memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 35,618 kesalahan kenderaan direkodkan memandu melebihi had laju dengan jumlah ketidakpatuhan sebanyak 0.75 peratus.

Menurutnya, sebanyak 1.5 juta kenderaan turut dikesan melalui kamera AWAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah bersamaan 0.66 peratus ketidakpatuhan.

Katanya, kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AWAS adalah antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun. "Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandunya boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 mengikut Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pengguna jalan raya yang melanggar kedua-dua kesalahan itu juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Menurutnya, untuk rekod, sebanyak 45 kamera AWAS beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera lagi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Katanya, pelaksanaan kamera AWAS ini bertujuan meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat serta mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

JPJ turut menyeru pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Jelasnya, penguatkuasaan secara pengesanan teknologi digital ini sudah dipraktikkan di peringkat antarabangsa yang terbukti efektif dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/839358/45973-pemandu-bakal-naik-mahkamah-lepas-raya-metrotv




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 yang dipandang sebelah mata jer..berpuluh rekod saman pun masih berleluasa atas jalan..siap dibebaskan dengan jaminan pulis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:41 PM | Show all posts
kat mana nk check?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:01 PM | Show all posts
mereputz la tunggu depan mahkamah, pastu tunggu tarikh lain sbb hakim malas nak layan kes-2 leceh mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:02 PM | Show all posts
Naik mahkamah. Hanya utk elakkan pemandu2 buat kesalahan.
Agaknya kalau 46K kena naik mahkamah. Kes kau yg no berapa. Selagi x settle, black list. Buatnya setahun lbh baru settled. Nak buat road tax sangkut.
dlm setahun ada 365 hari. tolak sabtu ahad dan public holiday, MC, cuti tahunan bagai. Tinggal 330 hari
Satu hari mahkamah kena selesaikan  140 kes. Itu yg current, yg lama2 lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055067 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list