CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 7

[Jenayah] Polis buka siasatan ugutan, cari pemandu Myvi putih

[Copy link]
Post time 8-5-2022 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Polis buka siasatan ugutan, cari pemandu Myvi putih



LAPORAN portal Harian Metro hari ini.


Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan ke atas pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Beh Eng Lai, polis menerima laporan polis dibuat lelaki pada 9 malam tadi berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi terbabit yang memandu secara berbahaya dan menghayunkan sebatang kayu ke arahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu di Jalan MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran PGT 124 yang berada di hadapan bertindak membrek sedikit-sedikit.

"Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu.

"Mangsa mengabaikan perkara itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa namun kejadian yang dialami mendatangkan kegusaran kepadanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata, polis kini sedang dalam usaha mengesan suspek di dalam video yang dirakam oleh mangsa untuk membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pemandu-myvi-putih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2022 07:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe maibi, keta jopun celup non-Jdm
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nmpk pulak dlm video tu dia kuarkan penyapu..tp mmg teruk gile cara panduannya..pembuli jalanraya ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Part 1 mana?......
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
anney musti dah lari Siam macam bam Jat, sama jerk jati diri kedua2 species tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Myvi putih tu dah kenapa? Marah kena hon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:57 AM | Show all posts
Myvi lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066821 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list